,
Laman Utama

Wayang Pacak Tepi Pantai, Siap Bawa Toilet? Ramai Jealous Tengok Betty Rahmad Camping!

Hanafis Haris
05/06/2022
13:57 MYT

Cetus rasa cemburu netizen! Itu antara reaksi yang dapat dilihat apabila pelakon dan usahawan Betty Rahmad memuat naik aktiviti berkemahnya bersama keluarga.

Menerusi beberapa posting di Instagram miliknya, Betty berkongsi gambar dan video dia sekeluarga sedang menikmati percutian sambil berkemah di tepi pantai.

Bukan percutian biasa, namun ramai yang menganggap ia sebagai satu perkhemahan luar biasa apabila turut dilengkapi pelbagai perkakas tambahan

Antara yang dikongsi Betty termasuklah kelengkapan memasak.

Paling membuatkan ramai kagum adalah Betty turut membawa tandas bergerak bagi memudahkan mereka mandi dan ‘membuang’.

Malah, Betty dan suami turut mengambil masa untuk menikmati ‘wayang pacak’ di tepi pantai ketika waktu malam.

“Thank you suamiku. Sebelum pergi camping I cakap bestnya kalau kita boleh tengok movie tepi pantai.

“Know know ada wayang pacak! Macam mana dan kain apa dia pacak jadi screen tu i taktau.

“One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping.

“Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yg bawak & kitorang yang pack kan,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu mereka selain kagum dengan kelengkapan yang dibawa.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gaya hidup

“Kak Erma Terus Kosongkan Rumah. Masakkan, Mandikan Mak. Sangat Luar Biasa, Bangga Ada Kakak Macam Ni,” Betty Rahmad.

gempak
04/09/2021
15:46 MYT
Betty Rahmad kongsi pengalaman bagaimana kakak sulungnya pantas bertindak ambil keputusan menjaga ibu yang positif Covid-19. Syukur Allah permudahkan semuanya.
Laman Utama

Betty Rahmad Kongsi Pengorbanan Erma Fatima Jaga Ibu Positif COVID 19: "Dia Kosongkan Rumah, Mandikan Mak..."

gempak
04/09/2021
14:20 MYT
Hanya ibunya, Asmah dan penjaga Adiwira, Teha yang dijangkiti COVID 19
Highlights

Terbuka Semua Perangai Adik-Beradik Ni – Kisah Erma Yang Kuat Sentap, Umie ANNOYING dan Betty Si Baik Hati

gempak
27/08/2021
11:15 MYT
Juga kisah mereka berebut Mak, masing-masing nak Mak tidur di rumah mereka. Jangan lupa tonton kekecohan tiga beradik ni dalam Rumah No.107 di Astro Warna jam 9 malam.
Laman Utama

"Betapa Powerfulnya Surah Ar-Rahman & Al-Waqiah" - Betty Rahmad Bertudung Ketika Maal Hijrah, Tersentak Selepas Pemergian Siti Sarah

gempak
12/08/2021
11:15 MYT
Hidayah itu milik Allah...
Laman Utama

Penjaga Wira Ada Lulusan Ijazah, Betty Rahmad Kagum Teha Kerja Demi Sara Keluarga - "Biarlah Dia Ringankan Beban Dengan Rezeki Yang Halal ..."

gempak
15/02/2021
13:20 MYT
Takkan nak jadi anak yang ada ijazah tinggi tapi masih minta duit dekat mak bapa untuk hidup.