,
Hiburan

Wawa Zainal Pandu Jet Ski Ketika Hamil? Ini Penjelasan Aeril Zafril!

Hanafis Haris
10/10/2019
08:11 MYT
Beberapa hari lalu kecoh di laman Instagram pelakon Aeril Zafrel apabila dia memuat naik video memaparkan isterinya Wawa Zainal sedang memandu jet ski di atas laut.
Situasi tersebut mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan netizen terutamanya apabila Wawa kini dalam keadaan sarat mengandung. BACA: “Tak Takut Gugur Ke?”- Pandu Jet Ski, Ramai Bimbangkan Kandungan Wawa Zainal
Menjelaskan perkara itu, Aeril memberitahu Gempak yang video tersebut sebenarnya dirakam sebelum Wawa disahkan hamil.
"Video tu sebenarnya dirakam sekitar awal tahun di Langkawi. Kebetulan saya mula minat jet ski dan sekarang dah jadi hobi tu sebabnya video itu dimuat naik," katanya.
Jelas Aeril lagi dia tidak terasa hati dengan kecaman yang dilemparkan sebaliknya mengambil pendekatan untuk lebih positif.
"Apa yang baik kami ambil manakala yang kecam tu saya biarkan je," katanya.
Aeril ditemui ketika majlis pelancaran Redmi Note 8 Pro dan Note 8 Pro yang berlangsung di Subang Jaya Industrial Estate, baru-baru ini.
Redmi Note 8 Pro merupakan telefon pintar pertama menggunakan lensa 64 megapiksel (MP).
Variasi Note 8 menggunakan Snapdragon 665 AIE manakala Redmi Note 8 Pro menggunakan pemproses kelas perdana MediaTek iaitu MediaTek G90T.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.