Hiburan
Wawa Zainal, Aeri Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta - "Kami Ingin Perniagaan Diberkati"
Pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sekali lagi menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat apabila menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan Muslim dengan menunaikan zakat perniagaan.
BERITA TRENDING: “Bukan Niat Nak Riak Atau Bangga Diri…” - Aliff Syukri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Doa Untung Lebih Banyak
Melalui syarikat mereka, Wawa Cosmetics, pasangan ini menyerahkan bayaran zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM1 juta.Menurut Wawa Zainal, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.
"Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan.
"Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan," katanya.
Sementara itu, Aeril Zafrel pula menambah, zakat yang dibayar bagi memastikan perniagaan yang diusahakan sentiasa diberkati.
“Sebagai usahawan, kami ingin memastikan perjalanan perniagaan kami sentiasa diberkati. Dengan menunaikan zakat, ia bukan sahaja menunaikan kewajipan agama tetapi juga memberi kami ketenangan dalam mencari rezeki," katanya.
BERITA TRENDING: GISBH Tidak Pernah Bayar Zakat - LZS
Sejak ditubuhkan pada 2016, Wawa Cosmetics sudah berkembang pesat dan menjadi antara jenama kosmetik yang digemari ramai di Malaysia.Selain menumpukan kepada produk berkualiti tinggi, syarikat mereka juga komited terhadap tanggungjawab sosial, termasuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Langkah Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada usahawan lain untuk sentiasa ingat akan tanggungjawab zakat sebagai salah satu aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim.
BERITA TRENDING: Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”
Must-Watch Video