,
Laman Utama

Watie Dedah Masa Bercinta Dengan Shuib Tak Pernah 'Dating' Berdua - "Sabar Itu Indah"

Syafiqah Jalal
26/06/2023
03:02 MYT
Isteri pelawak Shuib, 38, iaitu Watie Hanifiah dedah banyak perkara baru sahaja dilakukan bersama dengan suaminya termasuk keluar berdua-duaan.
Kata Watie, 35, Shuib sering memintanya untuk bersabar ketika menjalinkan hubungan cinta dengannya kerana waktu itu terpaksa menyembunyikannya dari diketahui umum.
"Suami kiriman Tuhan. Banyak benda sebenarnya pertama kali yang buat bersama dia ini. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap.
"Bila dating, bawa kawan, anak dan mak. Jalan tak ada nak pimpin-pimpin tangan, tak ada dinner date, tak ada nak melancong berdua-duaan.
"Bila nak buat kejutan ulang tahun kelahiran kita pun, dia datang buat kejutan tetapi duduk di meja lain. Pandang, jeling saja dari jauh," katanya.
Watie berkongsi perkara berkenaan di Instagram yang ketika ini dia dan Shuib berada di Langkawi untuk berbulan madu berdua tanpa membawa anak-anak.
Pun begitu, Watie memberitahu sabar itu mengajarnya untuk mengenal erti bulan madu yang kini dia dan Shuib sedang nikmati dan luangkan masa berdua.
"Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat. Sekarang kami berdua tahu erti berbulan madu," luahnya.
Pasangan ini disatukan dengan ikatan yang sah pada 23 Jun lalu di sebuah hotel di Shah Alam dan diraikan dengan serentak majlis resepsi yang dihadiri ramai tetamu termasuk keluarga dan rakan selebriti.
Majlis itu juga bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.