,
Laman Utama

"Watak Lelaki Jahat Perempuan Suka" - Siti Rosmizah

Amri Hassan
21/03/2022
08:34 MYT
Novelis terkenal Siti Rosmizah memuji kualiti lakonan 'jahat' yang ada pada Remy Ishak untuk menjayakan peranan sebagai Zafran dalam drama bersiri Jangan Menangis Cinta yang akan mula ditayangkan pada hari ini.
Akui Siti Rosmizah, karakter antagonis pada watak utama dalam drama rantaian yang bakal meledak itu bersesuaian dengan selera penonton semasa yang rata-ratanya terdiri daripada wanita.
"Bukan nak kata semua jahat tapi kebetulan, yang watak baik-baik kita dah settle awal-awal.
"Siapa kata Zafran jahat. Korang kena tengok macam mana dia berubah, dia 'dicucuk'. Biasalah anak akan terpengaruh dengan ibu dia.
"Dia tetap ingat isteri dan cinta, cuma dia melawan kata hati dia kerana keluarga. Kalau tengok episod satu best sangat! Kebetulan, karakter itu dijadikan konflik.
"Lelaki jahatlah penonton suka, lagi pun majoriti penonton pula perempuan. Jadi kita touch lelaki watak antagonis tu, barulah meletup," katanya dalam sesi sidang media zoom baru-baru ini.
Sementara itu, kata Remy pula watak antagonis bernama Zafran dalam drama terbabit punyai sebab tersendiri untuk berubah.
"Saya bawa watak Zafran untuk buktikan pada orang luar sana yang selalu nampak hero selalu arrogant dan charming.
"Tapi dalam drama ini semua berubah ada sebab, tak semua nak jadi jahat atau garang. Ada sisi lain. Zafran ni ada pegangan yang dia rasa dia betul, tapi pada mata orang tidak.
"Saya suka sebab setiap watak ada sebab kenapa jadi begitu begini. Orang kena tengok watak antagonis bukan fantasi semata-mata. Dilihat serong di mata orang lain bersebab," tambah Remy.
Jangan Menangis Cinta akan mengambil alih slot Megadrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.
Jangan Menangis Cinta menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.
Diarahkan oleh Raja Mukhriz, drama itu turut dibintangi Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman dan Atilia Haron.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Drama

Drama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ Bakal Berakhir, Jom Kenali Siti Rosmizah Penerbit Naskhah Ini

gempak
07/08/2024
08:55 MYT
Drama rantaian popular, Dedaun Hijau di Angin Lalu (DHDAL) telah menerima sambutan yang hangat dengan meraih penonton sebanyak 1.135 juta bagi satu episod dan rating purata sebanyak 849 ribu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.