,
Laman Utama

Watak Ikal Di Laskar Pelangi Kena Tangkap, Guna Isteri Perangkap Lelaki Tawar  S*ks Berharga RM151

Maliah Surip
03/05/2023
05:55 MYT
Salah seorang watak penting dalam filem fenomena Indonesia, Laskar Pelangi ditangkap polis bersama dua yang lainnya kerana disyaki melakukan penipuan secara atas talian.
Pelakon yang membawa watak Ikal, Zulfani Pasha didakwa telah melakukan penipuan menerusi MiChat. Dia menggunakan isterinya, Putri Amelia untuk memerangkap lelaki melakukan seks atau melacur.
Namun perbuatan mereka terbongkar selepas lelaki yang bersetuju menjadi pelanggan isterinya, Rocky melaporkan perbuatan pasangan tersebut kepada pihak polis.
Mengikut kronologi kes, Zulfani meminta isterinya melakukan sesi tawar menawar dengan lelaki yang mahu menggunakan khidmat seksnya sehingga Rocky bersetuju untuk melanggan Putri dengan harga RM151.
Bagaimanapun Zulfani sebenarnya tidak berniat untuk melacurkan isterinya, tetapi menggunakan taktik itu semata-mata untuk mendapatkan wang.
“Saya bersalah. Saya memang tidak berniat buat jenayah tapi terdesak kerana dipicu masalah ekonomi,” kata Zulfani saat ditemui media di Polres Belitung Timur lapor CNNIndonesia.
Dalam pengakuannya, Zulfani sekerasnya membantah menjual Putri untuk tujuan melacur.
"Tidak, kalau menjual isteri saya tegaskan tidak benar itu,” kata bekas pelajar dari Institut Kesenian Jakarta ini.
Zulfani juga mengaku terdesak melakukan penipuan kerana dihimpit masalah ekonomi dan dia hanya mahu membeli buah tangan untuk keluarga isterinya di Belitung Timur.
“Mereka mencari duit untuk beli buah tangan dan diberikan kepada keluarga Puteri. Oleh kerana tidak ada duit, maka mereka melakukan rencana kejahatan ini,” jelas pihak berkuasa pula.
Natijahnya, Zulfani Pasha dan Putri Amelia, serta rakan mereka yang bernama Andi berdepan hukuman maksima empat tahun penjara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.