gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zeera Azizi Tertarik Dengan Petah Bicara, Akal Zhiddin Aziz! - "Bila Borak Rasa Macam Masuk 'Parlimen', Manalah Tak Jatuh Cinta"
HIBURAN
Penjara Narathiwat Sahkan Eda Ezrin Belum Tuntut Cerai, Masih Bertemu Suami Sebulan Sekali
HIBURAN
Fila Amir Geram, Tegur Netizen Biadap Dakwa Baby Anak Haram - “Nasib Kena Banned, Kalau Tak Sampai Lubang Cacing Aku Cari”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fila Amir Geram, Tegur Netizen Biadap Dakwa Baby Anak Haram - “Nasib Kena Banned, Kalau Tak Sampai Lubang Cacing Aku Cari”

Mya Amri
Mya Amri
03/08/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Fila Amir Geram, Tegur Netizen Biadap Dakwa Baby Anak Haram - “Nasib Kena Banned, Kalau Tak Sampai Lubang Cacing Aku Cari”
Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir bersama suaminya Adama, meluahkan rasa kecewa apabila wajah anak mereka menjadi bahan kecaman netizen.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi berkata mereka telah menerima pelbagai kecaman sejak hari pertama mereka berkahwin.
Namun kali ini dia berasa terpanggil untuk bersuara kerana anak mereka turut menjadi sasaran.
“Memang dari hari pertama kami kahwin, sampai sekarang setiap hari kena kecam. Tapi kitorang tak kisah, nak kata apa katalah.
“Tapi kali ni dah sampai ke anak, bayi yang tak berdosa pun kena kecam. Kalau bab anak, semua orang akan sensitif,” katanya.
Malah, pasangan ini juga merasakan ada pihak agak keterlaluan apabila menyuruh mereka menjalani unian DNA.
“Kenapa korang kena suruh buat DNA dan cakap dia bukan anak saya?
“Tak baik cakap macam tu, kami berusaha selama tujuh tahun untuk dapatkan zuriat. Anak kami ni melalui IVF bukan secara normal,” ujar suaminya.
Paling melampau apabila ada yang mengatakan anak mereka sebagai anak haram ketika pasangan ini melakukan siaran langsung baru-baru ini.
“Masuk dalam live tiba tiba cakap baby anak haram. Eh? Kau yang perangai macam haram. Nasib tak sempat screenshot sebab live kena banned.
“Kalau tak sampai lubang cacing aku cari. Ni baru expose sikit komen-komen biadab. Banyak lagi yang beriya.
“Orang dah block tapi gigih pergi komen dekat video orang lain pasal anak kami. Kisah sangat pasal anak orang apahal,” komgsinya.
Pasangan ini juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri apabila anak mereka menjadi sasaran.
Berikut merupakan perkongsian penuh Fila:
View this post on Instagram
A post shared by Nur Afilah Amir Rusdi (@filaamir)
Topic Berkaitan
#Anak
#Netizen
#Kecaman
#Fila Amir
#Adama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement