,
Hollywood

Watak Ariel 'The Little Mermaid' Milik Penyanyi R&B Halle Bailey, Tapi Ramai Bantah Sebab ...

Amri Hassan
04/07/2019
04:52 MYT
Penyanyi R&B Amerika Syarikat, Halle Bailey diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama dalam filem Disney reimagining The Little Mermaid.
Menyandang peranan utama sebagai Ariel, Halle, 19, dalam kenyataannya di media sosial menganggap ia satu impian jadi kenyataan.
"Dream come true," tulisnya di Twitter. Filem itu akan diarahkan oleh Rob Marshall yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Marry Poppins.
"Selepas mencari sekian lama kami pasti Halle memiliki ciri-ciri yang dimahukan daripada segi semangat, keremajaan, ketulusan dan paling utama suara yang menakjubkan untuk melakonkan watak ikonik itu," kata Rob kepada media antarabangsa.
Bagaimanapun, pemilihan penyanyi berkulit hitam itu mendapat kecaman netizen apabila karakter asal Ariel merupakan duyung berkulit cerah, berambut merah dan bermata biru.
Netizen menganggap Halle bukan pilihan tepat untuk menjayakan karakter popular itu hingga ada yang mengajuk dengan pelbagai panggilan di media sosial.
Namun, masih ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pilihan Halle untuk mendukung watak Ariel.
Filem itu akan memuatkan lagu-lagu daripada filem animasi The Little Mermaid pada tahun 1989.
Penggambaran The Little Mermaid live-action itu akan dimulakan pada awal tahun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur ‘Penutup’ Yang Sempurna

gempak
13/11/2023
09:39 MYT
Noah tampil maksimal.
Laman Utama

Ariel Penat Menyanyi, Umum NOAH Bakal Berehat Panjang

gempak
08/10/2023
08:48 MYT
Kumpulan popular NOAH akan berehat panjang
Laman Utama

Basah Dengan Emosi, Larut Dalam Memori… Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem The Little Mermaid

gempak
24/05/2023
13:50 MYT
The Little Mermaid versi live action penuh rasa
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Cemburu Ariel Bagi 3 Tiket ‘Guest’ Konsert Noah Kepada Finalis Dewi Remaja - “Macam Mana Boleh Dapat? Adakah Sebab You…”

gempak
14/11/2022
01:55 MYT
Bestnya dapat tiket free daripada Ariel sendiri...
Laman Utama

Dendang Hampir 20 Lagu, Peminat Puas Hadir Konsert Noah! Lagi Untung Dapat Pegang Tangan Ariel...

gempak
13/11/2022
01:31 MYT
Best gila konsert Noah malam tadi!