,
Laman Utama

Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ

Maliah Surip
30/11/2023
12:50 MYT
Majalah terkenal GQ edisi Timur Tengah menobatkan wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza sebagai Man of the Year kerana keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

BERITA TRENDING: Selamat Kembali Ke Tanah Air, Nurul Ain Kongsi Keadaan Di Gaza Ketika Ini – “Rumah Dibom Lapan...

Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan pada 7 November lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian dan telah mencetuskan inspirasi kepada dunia menerusi perkongsian mengenai kesesengsaraan mangsa perang di laman sosial termasuk Instagram.
“Azaiza mengingatkan kami bahawa tidak kira adakah anda berkuasa, siapa anda, dari mana asal usul anda — kita semua adalah sama. Manusia biasa sama ada lelaki atau wanita kita sama-sama boleh mengubah apa yang ingin kita lihat (dengan lebih baik,” ujar pengarang GQ, Ahmad Ali Swaid.
“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Motaz Azaiza,” tambahnya lagi.
Nama Motaz Azaiza menjadi sanjungan umat Islam di seluruh dunia selepas melihat keberaniannya berkongsi kejadian sebenar di Gaza sehingga dia perlu meminta perlindungan selepas diancam puak rejim Zionis.
Azaiza kini memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram yang sentiasa mendoakan perjuangannya.

PILIHAN PEMBACA: Bekalan Susu Badan Neelofa Terjejas Kerana Tekanan Isu Semasa

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.