VIRAL
Warganet Kurang Senang Dr. Rafidah Minta Tukar Mee Segera Kepada Spagetti Atau Bihun - “Tak Semua Rakyat Malaysia Privilege Macam…”
Perkongsian seorang pakar kesihatan, Dr. Rafidah Abdullah, yang menyarankan rakyat Malaysia menukar mi segera kepada bihun atau spaghetti mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.
Dia turut berkongsi bahawa dirinya menggunakan mi bayam organik tanpa bahan pengawet, digandingkan dengan rempah Mi Bandung dari Muar, serta minuman seperti kopi kosong dan air kosong.
Namun, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Saya harap masyarakat tidak lagi menggunakan mi kuning/mi segera. Ianya tidak sihat, banyak garam & preservatif. Boleh guna mihun, spaghetti, sbg alternatif.
“Saya guna mi bayam organik, tanpa preservatif. Rempah Mi Bandung dari Muar. Kopi kosong,
Air kosong,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan hantaran tersebut.
Sebahagian warganet mendakwa Dr. Rafidah menyentuh isu ini kerana tidak berpuas hati dengan resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
“Dr, tak semua rakyat Malaysia privilege macam doktor. Ada yang mampu makan berbuka maggi atau nasi segenggam sahaja. Menu mudah yang content creator buat bukan untuk cater a privilege person like you only. Be grateful. Btw tq untuk info tambahan.
“Sebab rakyat MY guna mi kuning/segera sebab murah. Kalaulah mi bayam organik tu murah dan boleh access di kedai aceh sudah tentu dibeli. Out of touch betul.
“Suka hati orang lah doktor nak makan apa pun bukan selalu pun orang makan Maggi semua benda tak kena doktor ni.
“Sebab Khairul Aming dropped resepi megi ke? At this point it’s kinda.
“Omg she really hates Khairul Aming.
“As much as I respect Dr Rafidah, tapi seriously dia ada grudge ke against Khairul Aming? Tahun lepas dia sound KA about using too much oil. Tahun ni dia sound KA about sugar and mi segera,” kata netizen.
Di sebalik kecaman, ada juga warganet yang menyokong saranan Dr. Rafidah, menyifatkan beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pakar kesihatan.
“Kenapa ramai kecam Dr. She’s a specialist kot. Bidang nefrologi lagi. Bahagian rawatan buah pinggang kita. Tugas dia selain merawat, dia kena la educate masyarakat marhaen macam kita ni.
“Listen to her she’s right about yall.
“Can anyone share mana boleh beli mi bayam tu? Mcm menarik untuk ganti mi biasa. Tq in advance,” komen netizen.
Terdahulu, Dr. Rafidah turut menarik perhatian apabila menasihatkan rakyat Malaysia supaya minum air kosong ketika berbuka puasa selepas Khairul Aming berkongsi resipi minuman manis untuk berbuka.
Must-Watch Video