,
Viral

Warga Emas Patah Tangan, Kena Enam Jahitan Akibat Jatuh Langgar Lubang Jalan Raya

Gempak
01/01/2024
03:51 MYT
Seorang warga emas patah tangan dan menerima tiga jahitan di dahi serta lutut selepas motosikalnya terjatuh ke dalam lubang dalam kejadian di Jalan Pulai Lama, Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd Razali Omar, 70, kini dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Menceritakan kejadian berkenaan, anak mangsa, Mas Ummi Amira, 33, berkata, sebelum itu bapanya dalam perjalanan pulang dari Hospital Gua Musang kira-kira jam 6.30 pagi selepas mendapatkan rawatan di hospital kerana sesak nafas.
Mas Ummi Amira memberitahu, bapanya yang tinggal berdua bersama ibunya di Kampung Batu Papan pergi ke hospital seorang diri kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak.
“Bagaimanapun, kami terus ke hospital itu selepas mendapat tahu ayah berada di sana dan selepas rawatan, dia mahu menunggang motosikalnya sendiri pulang ke rumah ditemani adik yang memandu kereta," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurut Mas Ummi Amira yang juga seorang peniaga, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar motosikal terjatuh ke dalam lubang jalan mengakibatkan bapanya tersembam dan rebah ke atas jalan.
“Adik terus bergegas turun dari kereta dan mengangkat ayah dibantu seorang pemandu lain yang kebetulan melalui jalan itu.
"Akibat kemalangan, ayah kini dirawat di hospital dan terdapat calar di bahagian muka selain kerap mengadu sakit dada," jelasnya.
Dia juga mengakui terkilan kerana keadaan jalan berhadapan sebuah kuarters kesihatan itu sudah lama rosak tetapi tiada pembaikan sehingga mengakibatkan kecederaan bapanya.
Mas Ummi Amira memaklumkan, lubang jalan itu sudah dibaiki pada petang kejadian tetapi masih kurang memuaskan.
"Memang sedih kerana sebelum ini sudah berlaku banyak kemalangan dan tindakan membaikinya selepas ayah saya cedera teruk," katanya.
Wanita itu mendakwa jalan berkenaan rosak kerana menjadi laluan utama ke Kuala Lumpur berikutan lebuh raya sedang dinaik taraf.
Sebelum ini tular di media sosial seorang warga emas patah tangan selepas motosikalnya terjatuh ketika menghala ke Kampung Batu Papan.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.
Berita

Wanita Warga Emas Maut Ditikam Di Kepala Oleh Anak Saudara

gempak
13/08/2024
18:55 MYT
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Gelung Bubu , Pekan Darat, pada Selasa.
Viral

Wanita Warga Emas Dipercayai Jatuh Dalam Laut, Tak Sempat Melangkah Masuk Sebab Feri Didakwa Bergerak

gempak
19/07/2024
04:00 MYT
Tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan kecoh apabila seorang wanita warga emas didakwa terjatuh ke dalam laut semasa mahu menaiki sebuah feri.
Berita

Bosan, Keseorangan Punca Warga Emas Bersara, Berjudi Dalam Senyap - Pakar

gempak
13/07/2024
03:55 MYT
Persaraan sering dianggap sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja keras.