gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mickey, Ariel & Team Spidey Bakal Gegarkan Resorts World Genting dalam Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!
GAYA HIDUP
Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Wanns Ahmad Cabar Diri Sertai Raise The Star Malaysia, Mahu Nyanyi Lagu Komposer Lain - “Walaupun Saya Dah 34 Tahun Tapi…”

gempak
Khairil Khusyairi
15/06/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Wanns Ahmad Cabar Diri Sertai Raise The Star Malaysia, Mahu Nyanyi Lagu Komposer Lain - “Walaupun Saya Dah 34 Tahun Tapi…”
Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad mengakui tidak segan untuk mencabar diri sendiri bersama barisan peserta lain dalam program realiti baharu, Raise The Star Malaysia.
Menurut Wanns, dia mahu mencabar zon selesanya sebagai seorang penyanyi selain mengakui ini adalah satu impian yang belum pernah direalisasikan sebelum ini.
“Saya tidak segan kerana saya mengakui ilmu nyanyian masih kurang. Program ini memberi peluang kepada saya menimba ilmu nyanyian.
“Melihat peserta lain, walaupun mereka tiada nama dan belum bergelar artis, namun bakat mereka semua hebat.
“Paling penting, ini adalah antara impian saya untuk menyertai program nyanyian kerana sebelum ini tidak pernah lakukan begini,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, pelantun lagu Terus Mencintaimu itu menyifatkan penyertaannya dalam program ini adalah medan eksperimen dan eksplorasi untuk dirinya berkembang sebagai artis yang lebih versatil.
“Ketika ujibakat, saya ditanya kenapa hadir sedangkan sudah bergelar penyanyi, saya menjawab ingin membunuh ego dalam diri.
“Kerana selama ini kalau menyanyi, saya tidak pernah menyanyikan lagu orang lain, jadi ini menjadi cabaran untuk saya menyanyikan lagu komposer lain dan pelbagai genre.
“Walaupun usia sudah 34 tahun, tapi saya anggap masih belum terlewat untuk mencuba sesuatu yang baharu,” tutupnya.
Dihoskan oleh dua gandingan pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan juga Sherry Alhadad, Raise The Star bakal bersiaran selama lapan minggu dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam.
‘Raise The Star Malaysia’ bakal menemui penonton bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Komposer
#The
#Ego
#Pertandingan
#Bakat
#Star
#Malaysia”
#Ahmad”
#“Raise
#“Wanns
Must-Watch Video