HIBURAN
Wanna Ali Kini Lebih Suka Memasak, Paling Hebat Cekodok Pisang - “Makanan Kegemaran Dia, Bila Suami Puji Memang Rasa Puas Hati”
Pelakon, Wanna Ali akui kini sedang membiasakan diri dengan statusnya sebagai seorang isteri.
Perubahan selepas bergelar isteri
Menurut Wanna, perubahan yang paling dirasai adalah dia kini lebih mementingkan suaminya.
“Saya rasa kesedaran saya sebagai seorang isteri dan sentiasa pentingkan suami saya, saya rasa benda tu ambil masa untuk saya sesuaikan.
“Sebab sebelum ni nak keluar, boleh keluar suka suka hati sahaja tapi sejak bersuami ini saya kena ikut cakap suami.
“Kalau dulu paling lambat 12 pagi, sekarang ini bila dah saya kena balik lagi awal. Selalunya kalau siang saya dah keluar, malam saya kena ada dekat rumah,” katanya kepada Gempak.
Rasa happy bila suami puji masakan
Dalam pada itu ditanya mengenai kehidupannya sebagai isteri, Wanna berkata dia kini lebih gemar memasak.
“Segala resipi saya cuba, masa nak raya hari tu saya masak rendang, ayam masak merah, cekodok pisang kegemaran suami saya.
“Boleh dikatakan saya dah pro dalam membuat cekodok pisang. Saya rasa disebakan suami saya seorang yang suka makan, jadi saya rasa bila saya buat sesuatu, suami saya puji rasa macam puas hati.
“Saya rasa untuk seminggu straight, sepanjang bulan puasa, raya ni dia minta cekodok pisang jadi hari hari saya buat,” kongsinya.
Terdahulu, Wanna dan Khairil Amri Tan Sri Khalid mendirikan rumah tangga pada 9 Februari lalu.
Must-Watch Video