,
Laman Utama

Wanita Tertelan AirPods Kerana Disangkakan Vitamin

Izwan Isa
17/09/2023
14:50 MYT
Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) didakwa tertelan salah satu daripada fon telinga Airpods miliknya kerana menyangka ia ialah vitamin.
Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok.
Barker menjelaskan dia sedang berborak dengan rakannya ketika dia menanggalkan salah satu fon telinga keluaran Apple itu kerana mahu mendengar perbualan temannya dengan lebih jelas.
"Pada masa sama, dia juga mengambil 'vitamin' dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tidak lama selepas itu, Barker baru menyedari vitamin sebenar masih berada di dalam tangannya," lapor Android Authority.
Wanita itu bagaimanapun masih boleh ketawa apabila menceritakan semula detik melucukan tersebut.
"Saya telah menghubungi doktor dan beberapa rakan untuk meminta nasihat mereka. Kesemuanya memberikan saranan yang sama iaitu menyuruh saya membiarkan ia keluar sendiri dengan najis," jelas laporan itu lagi.
Pada 2021, seorang lagi wanita di AS pernah berdepan situasi sama dan paling memeranjatkan apabila Airpods itu dikatakan masih berfungsi dengan baik kerana dapat merakam bunyi perutnya.
Sumber: Android Authority menerusi Sinar Harian
BACA: Kontroversi Ziarah Asnaf Pakai Kaca Mata Gelap & Airpods, Haqiem Rusli Mohon Maaf​
BACA: Keliru Mana Satu Ubat, Wanita Ini Panik Tertelan Fon Telinga! Rupanya Masih ‘Connected’ Dalam Perut?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang 'Baby Boy' Lagi!

gempak
14/03/2024
01:50 MYT
Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki kedua tidak lama lagi.
Laman Utama

Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Nabila Huda Beli Vitamin Untuk Hamil - “Orang Pergi London Beli Baju, Beg Tangan Berjanama La…”

gempak
03/05/2023
12:55 MYT
Semoga dipermudah segala urusan Nabila.
Laman Utama

Keliru Mana Satu Ubat, Wanita Ini Panik Tertelan Fon Telinga! Rupanya Masih ‘Connected’ Dalam Perut?

gempak
23/11/2021
13:59 MYT
Alamak!
Laman Utama

"Maid Saya Meninggal Dunia Jumaat" - Shuib Singkap Punca COVID-19 Merebak Dalam Keluarga

gempak
10/08/2021
01:45 MYT
Hanya seorang ahli keluarga Shuib negatif COVID-19!
Laman Utama

Edar Vitamin Di Sekatan Jalan Raya, Pengasas Produk Kecantikan Tampil Beri Penjelasan! - "Saya Kat Sana Tak Lama Pun..."

gempak
22/06/2021
14:50 MYT
Gigih berpanas siap jaket kulit!