gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
VIRAL
Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
Firdaus
26/03/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang.
Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan.
Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebut memaparkan penipuan seorang peminta sedekah terbongkar selepas dirinya dicekup memandu sebuah kereta berjenama Honda CRV oleh satu individu.
“Orang Malaysia sampai bila nak diperbodohkan, minta sedekah pun pakai Honda CRV,” tulis individu itu.
Walaupun ditangkap secara terang-terangan, peminta sedekah itu bagaimanapun masih berdolak-dalik dengan memberi alasan bahawa kereta yang dipandu bukanlah miliknya sebaliknya kenderaan itu dipinjam dari seorang kawan.
“Ini kawan saya punya kereta, bukan saya punya, saya tak ada duit nak beli barang pun!” katanya.
Minta sedekah lagi kaya dari kau yang keje siang malam.? Iqbal Blues pic.twitter.com/BwgNM4cknQ
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 25, 2024
Tinjauan ke ruangan balas entri berkenaan mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta berharap agar si peminta sedekah tersebut dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh pihak berkuasa.
“Hantar je dia ni pergi balai polis,”
“Tu sebablah aku sekarang tak percaya dengan orang yang minta sedekah ni, semua penipu,”
“Lempang sikit baru ada akal kut?”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu lebih 7,000 tontonan dan hampir 100 tanda suka di Platform X.

BERITA TRENDING: CCTV Dedah Parcel Hilang Kena Rembat Budak-Budak Flat, Penghantar Barang Bongkar – “Kisah Ini Memang Realiti..”

BERITA TRENDING: Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"
Topic Berkaitan
#Viral
#Netizen
#Tular
#Scam
#Kereta
#honda
#Penipu
#Sedekah
#Peminta Sedekah
Must-Watch Video