,
Viral

Wanita Kongsi Detik Cemas Hampir Dipukau Warga Asing Di Bukit Bintang! - "Mula-Mula Mereka Tanya Mana Money Changer..."

Umirah Halim
07/02/2024
00:00 MYT
Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas ketika dia dan keluarga hampir menjadi mangsa pukau ketika berjalan di kawasan Bukit Bintang.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok miliknya, wanita itu menceritakan semula kejadian ketika dia dan keluarga ditegur oleh pasangan warga asing yang bertanyakan tentang lokasi pertukaran wang (money changer).
@azreen_lifestyle Makin menjadi-jadi orang asing kat Malaysia. Entah apa status diorang stay kat sini. Siapa nak pantau? . #bukitbintang #kualalumpur #fypmalaysia #tiktokmalaysia #psa #CapCut ♬ original sound - Azreen_lifestyle
“Kami nampak ada dua orang foreigner lelaki dan perempuan, berpewatakan seperti Arab, yang perempuan pakai jubah lepastu kami lalu dia tegur bapak mentua saya.
“Mula-mula mereka tanya dekat bapak mentua saya dekat mana ada money changer, bapak mentua saya taktahu lepastu tanya saya dan saya beritahu lah di mana money changer yang terdekat.
“Lepas saya jawab soalan dia, dia keluarkan wallet dia dan sambung bercakap dengan bapak mentua saya.
“Tiba-tiba yang perempuan tu cuba nak borak dengan saya seolah-olah nak distract saya untuk tak dengan perbualan bapa mentua saya,” jelasnya.

Berita Trending: Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang…

Mengulas lebih lanjut, wanita itu tersedar yang mereka hampir dipukau setelah ibu mentuanya memberitahu yang sebelum ini mereka pernah juga pernah dihampiri oleh pasangan warga asing yang menggunakan modus operandi yang sama.
“Bila mak saya bagitahu sebelum ini dia dan bapa mentua saya pernah ditegur juga oleh pasangan warga asing yang tanya dekat mana money changer masa tu saya tersedar yang mungkin ini adalah modus operandi yang sama untuk mereka scam orang.
“Saya terus tegur bapak mentua saya untuk beredar dan jangan melayan mereka kerana ini merupakan taktik pukau untuk ambil kesempatan,” tambahnya lagi. Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 900,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

gempak
03/07/2024
13:55 MYT
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza Himpun Semua Juara, Lagi 5 Bakal Dipilih Undian Peminat!

gempak
29/08/2023
08:39 MYT
Inilah peserta All Stars Gegar Vaganza
Laman Utama

Pentas 360 Darjah, Siti Nurhaliza Rasa Dejavu Konsert 22 Tahun Lepas! - "Saya Kagum Dengan ..."

gempak
09/03/2023
05:00 MYT
Siti rasa dejavu
Laman Utama

Bintang Avengers, ‘Hawkeye’ Kritikal Selepas Bersihkan Salji, Kini Keadaannya…

gempak
03/01/2023
01:42 MYT
‘Hawkeye’ Kritikal Selepas Bersihkan Salji
Laman Utama

Menakjubkan! NASA Kongsi Imej Pillars of Creation, Berusia 6,500 Tahun Cahaya

gempak
22/10/2022
15:52 MYT
Imej terkini Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang cukup memukau telah dikongsikan oleh NASA.