,
Viral

Wanita Ini Didakwa Cuba Dilemaskan Gara-Gara Enggan Gugurkan Kandungan

Izwan Isa
17/02/2024
01:55 MYT
Gempar dalam kalangan netizen apabila rakaman video seorang lelaki yang didakwa cuba untuk ‘melemaskan’ kekasihnya selepas mendapat tahu yang wanita itu sedang hamil viral di media sosial.
Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh pengguna platform X, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.
“Perkara ini berlaku semalam (kelmarin) apabila kawan saya mendengar jeritan di bahagian luar rumah. Jadi, dia keluar ke balkoni dan melihat seorang lelaki memukul seorang wanita berkali-kali dan cuba untuk melemaskannya.
“Dia turun ke bawah dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Selepas seketika, pengawal keselamatan pun tiba.
“Wanita itu memberitahu yang dia hamil dan enggan menggugurkan kandungan. Selepas itu, dia diserang. Rakan saya juga memberitahu yang wanita itu mempertahankan lelaki tersebut selepas pengawal keselamatan muncul sambil mengucapkan: ‘leave them alone’,” tulisnya.
Sungguhpun begitu, ramai dalam kalangan netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana ia dilihat begitu tidak berperikemanusiaan dan mengasari kaum wanita.
Sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.
Sumber: Platform X, Reddit
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Berita

Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan

gempak
23/08/2024
03:31 MYT
Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Terengganu di Kampung Batin di Seberang Takir, Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang semalam.
Hiburan

Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."

gempak
15/08/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen mendakwa dia mengalami keguguran kerana memaklumkan berita kehamilan terlalu awal.
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Hiburan

Elizabeth Tan Keguguran - “Saya Alami Pendarahan, Doktor Memaklumkan Bayi Sudah Tiada…”

gempak
17/04/2024
04:55 MYT
Semoga ada rezeki lain buat Lizzy.