,
Viral

Wanita Hilang Sabar, Bantai Ular Sawa Gara-Gara Ayam Ternakan Selalu Hilang!

Umirah Halim
17/03/2024
06:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan seorang wanita mengamuk sambil memukul seekor ular sawa batik tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video oleh seorang individu di Platform X, wanita yang berbaju kelawar itu dilihat memegang kepala reptilia terbabit dengan penuh emosi, dipercayai telah membaham haiwan ternakannya.
"Emosi Jiwa kerana haiwan pelihataannnya selalu hilang secara misteri. Seorang emak-emak mengamuk dan aniaya pelaku pencurian ayam," tulis individu tersebut mengenai kejadian yang berlaku di Indonesia itu.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan aksi yang dipaparkan wanita tersebut.
"Semua kepunyaan emak emak memang jangan usik, mulai dari Tupperware sampai sekarang lah haiwan peliharaan, tahu sendiri akibatnya.
"Emak-emaknya itu marah karena katanya sudah semalaman tidak tidur untuk menjaga ayamnya. Eh tapi tetep kena makan sama ular. Jadi dia sudah hilang sabar. Itu yang aku denger dari bahasanya karena itu bahasa madura.
"Emak tiada lawan, ularpun dilawan.
"Kesian ular nya takde harga diri di depan emak-emak. Kena banting macam tu je.
"Tak ada yg boleh melawan makhluk bernama “emak” di bumi. Singa mengamuk aja digendong," komen beberapa netizen terhibur.
Setakat artikel ini ditulis hantaran itu telah menerima sebanyak 1.6 juta tontonan di Platform X.

Berita Trending: "Terjerit Keluar Anak Tekak, Terkinja-Kinja ..." - Netizen Labelkan Nyanyian…

Berita Trending: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.