,
Viral

Wanita Ditemui Di Hutan & 40 Hari Hidup Tanpa Makanan, Rantai Diri Sendiri Di Pokok

Maliah Surip
07/08/2024
13:53 MYT
Sebuah plot twist yang mengejutkan. Itulah yang terjadi kepada berita seorang wanita warga negara Amerika Syarikat yang ditemui dirantai di pokok oleh suami dan ditinggal selama 40 hari tanpa makanan di sebuah hutan di India sebenarnya hanya cerita rekaan.

BERITA TRENDING: Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala

Pihak berkuasa tempatan dan pakar mendedahkan wanita yang ditemui dalam keadaan lemah oleh pengembala kambing itu sebenarnya merantai dirinya sendiri.
Wanita yang dikenali sebagai Lalita Kayi, 50, itu juga tidak berkahwin dan dipercayai mengalami halusinasi sewaktu memberi kenyataan pertama kepada pihak berkuasa lapor BBC.
Kayi didakwa mereka plot cerita berkahwin dengan lelaki tempatan sebelum ditinggalkan di hutan dalam keadaan menyedihkan kerana visa yang dimiliki telah tamat tempoh selain kehabisan wang.
Dia kemudian datang ke hutan di daerah Sindhudurg, 290 batu dari Selatan Mumbai dengan membawa rantai dan mangga lalu merantai dirinya sendiri di pokok sebelum memulakan plot kisah sedihnya sehingga diselamatkan selepas menjerit demi bantuan.
“Selepas beberapa hari dia sudah melakukan senaman, berjalan dan makan namun masih mendapatkan rawatan untuk menambah nutrisi pada badan,” kata doktor.
Namun Kayi tidak bercakap secara terbuka kepada umum. Dia malah melakukan komunikasi dengan cara bertulis sama seperti sewaktu pertama kali memberi kenyataan terhadap pihak berkuasa.
Pihak berkuasa tempatan juga telah berjaya mengesan keluarga Kayi di AS.

BERITA TRENDING: Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

BERITA TRENDING: “Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Seekor Lembu Boleh Tersangkut Atas Pokok Di Yala

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.