,
Terkini

Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?

Umirah Halim
24/04/2024
06:30 MYT
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.

Sorok kunci & telefon

Malah, wanita tersebut turut didakwa telah menyorokkan telefon bimbit dan kunci kereta suaminya sebelum bertindak mengunci suaminya di dalam rumah.
Menerusi sebuah perkongsian video di Platform X, dapat dilihat suaminya ‘mengamuk’ dengan bertindak memecahkan perabot TV menggunakan lesung batu sambil menyoal di manakah kunci keretanya.
Kemudian, isteri yang merakam video seakan mahu menenangkan suami, namun suaminya hanya berdiam diri sambil melipat baju-baju nya.

Isteri didakwa punca

Menurut seorang pengguna X, wanita tersebut didakwa telah menjadi punca amukan suaminya itu.
Perempuan gitu la, play victim no 1. Tapi dia yang punca. https://t.co/N8njAPwgMm— Syed Sigaraga (@syedsigaraga) April 23, 2024 “Rupa nya wife dia ajak pergi kenduri, laki dia taknak ikut. Then wife dia rembat kunci kereta dengan phone laki dia, and kunci laki dia dalam rumah, selama 5 jam.
“Perempuan gitu la, play victim no 1. Tapi dia yang punca,” tulis individu tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen.
Antara komen yang diterima:
“Dua-dua takde sifat toleransi. Suami panas baran pecah barang.
“Better pecah barang, dari pecah muka.
“Memang menyirap la laki dia tu. Nasib lesung batu baling ke perabot tv je. Kalau sampai ke kepala, padan muka.
“Aku invested pulak semalam sampai bukak tiktok wife nya. Pendek cerita memang wife dia jenis batak attention. Comment yang menyalah kan dia, dia delete. Ex-mertua pon kena maki sekali dengand dia.
“Part ambik phone tu pishang. Kena kurung pulak tu. Kan terasa emasculate laki dia macam tu,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 700 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…

Berita Trending: Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar