BERITA
Wanita Dalam Dokumentari Netflix ‘Con Mum’ Didakwa Atas Kesalahan Penipuan
Seorang wanita yang didakwa melakukan penipuan dan pernah muncul dalam sebuah dokumentari jenayah didedahkan pada Sabtu (5 Apr) dihadapkan ke Mahkamah Negara Singapura atas tuduhan penipuan.
Dionne Marie Hanna, 84, yang merupakan warga Britain ditangkap pada 28 Mac, beberapa hari selepas dokumentari bertajuk Con Mum ditayangkan di platform penstriman Netflix.
Dokumentari itu mengisahkan bagaimana dia didakwa menipu anak lelakinya sendiri, menyebabkan lelaki itu dibebani hutang, selepas mereka kembali berhubung.
Hanna menghadiri sesi di Mahkamah Negara menerusi satu persidangan video. Dia kelihatan terbaring di atas katil hospital dan memakai kemeja corak belang. Seorang pegawai penyiasat turut dilihat bersama Hanna, yang tidak diwakili peguam.
Dia kemudian dikenakan lima pertuduhan melakukan penipuan menerusi penyataan palsu. Pihak pendakwa turut memohon agar Hanna direman selama seminggu selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Tan Tock Seng, serta diberi kebenaran untuk membawanya keluar bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan lain yang serupa.
Apabila Hanna ditanya mahkamah sama ada dia faham, Hanna menjawab "ya" dengan suara yang lemah.
Kesnya akan disebut semula pada 11 April.
Sumber: Straits Time Singapore
Must-Watch Video