,
Laman Utama

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten Seperti Ini”

Mya Amri
31/10/2023
23:55 MYT
Seorang pengguna TikTok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon, Aniq Suhair atas dakwaan menghamilkan dirinya baru-baru ini.
Wanita yang identitinya tidak dikenali itu menyedari kasilapannya dan menyatakan tindakan itu telah menimbulkan fitnah serta menjejaskan nama baik Aniq.
“Salam, diminta untuk tidak bertanyakan dengan lebih lanjut. Saya di sini ingin membuat membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang saya siarkan di TikTok saya tentang Aniq Suhair.
“Bukan niat saya untuk merosakkan reputasi dan kerjayanya," coretnya di akaun TikTok miliknya pada petang Selasa.
Dalam coretan yang sama, dia juga mengakui tindakannya sebelum ini melampaui batas.
“Maaf kepada semua yang follow akaun ini. Maaf kepada media dan terutama sekali kepada Aniq Suhair untuk posting berkenaan.
“Ini adalah satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan. Tidak seharusnya saya memuat naik konten seperti ini.
“Sekali lagi, saya minta maaf atas perkara ini. Sekian, Assalammualaikum,” akhirinya.
BACA: Didakwa Hamilkan Wanita, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Berniat Jahat Untuk Jatuhkan Reputasi Saya”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila pelakon tersebut dikatakan enggan bertanggungjawab terhadap kandungan itu.
Nama Aniq kemudiannya menjadi perhatian netizen apabila ada yang memberi bayangan pelakunya adalah seorang pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Tidak berdiam diri, Aniq kemudiannya bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.