gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Cikgu Fadilah Lapor Polis, Tak Puas Hati Video S*ks Tersebar
SUKAN
Tunjuk Isyarat Lucah, Amad Diallo Mohon Maaf - "Saya Hanya Membalas Kepada…"
BERITA
Dendam Sering Diejek Suka Cari Perhatian, Remaja Bunuh Rakan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Wanita Dakwa Abang Jisoo Blackpink Rakam Video S*ks Tanpa Kebenaran

gempak
Maliah Surip
30/05/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Dakwa Abang Jisoo Blackpink Rakam Video S*ks Tanpa Kebenaran
Khabar kurang enak sedang ‘menyapa’ salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Jisoo.
Kontroversi yang melanda bukan bermula dengan dirinya tetapi salah seorang anggota keluarga iaitu abangnya.
Isu bermula selepas seorang wanita mendedahkan telah dirakam secara haram oleh abang Jisoo. Dan rakaman tanpa izin yang dirakam merupakan video aktiviti seks, lapor AllKPop.
Pendedahan tersebut dibuat dalam sebuah platform komuniti atas talian, Blind.
“Saya mengambil masa yang lama untuk menulis ini. Apa yang saya kongsikan semua berdasarkan pengalam peribadi.
“Satu hari saya telah melakukan hubungan seks dengan lelaki ini (abang Jisoo) di rumah. Saya kemudian mendapati dia telah merakamkan video seks kami tanpa kebenaran saya menerusi sebuah kamera tersorok.
“Saya tidak percaya. Dan apa yang memburukkan lagi keadaan adalah terdapat rakaman ‘terlarang’ aktiviti sama dengan wanita berbeza.
“Saya tidak pernah memberi kebenaran. Saya adalah mangsa,” dakwa wanita tersebut menerusi perkongsian di Blind.
Malah abang penyanyi itu juga dipercayai telah melakukan pesta seks bersama ramai wanita pada satu masa. Malah dia melakukan aktiviti tersebut sewaktu isterinya sedang hamil.
Ada juga tuduhan mendakwa abang Jisoo telah memaksa ramai wanita menghantar video bersifat keji kepadanya.
“Dia menjadikan wanita sebagai objek seks dan menafikan perasaan mereka,” tulis dakwaan itu lagi.
Pendedahan itu bagaimanapun telah dipadam.
Semua pertuduhan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pihak berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Abang Jisoo diketahui merupakan seorang usahawan makanan kesihatan kanak-kanak dan menceburkan diri dalam projek hiburan bernama Blissoo. Jisoo merupakan wajah kepada jenama tersebut.
Topic Berkaitan
#Abang
#Blackpink
#Video
#Jisoo
#Seks
Must-Watch Video