,
Laman Utama

Wanita Baling Selipar Ke Arah Presiden Indonesia, Jokowi

Maliah Surip
29/08/2023
05:37 MYT
Seorang wanita ‘diamankan’ oleh pengawal keselamatan dan pihak berkuasa tempatan di Sumut, Indonesia selepas nekad membaling Presiden Indonesia, Jokowi dengan selipar.
Selain melempar selipar, wanita dengan pengenalan nama RT berusia 45 tahun tersebut juga cuba mencurahkan air mineral ke arah Jokowi.
Insiden tersebut dirakamkan secara amatur oleh orang ramai dan menjadi tular di media sosial.
Menerusi laporan Viva.co.id, insiden tersebut berlaku sewaktu Jokoei hadir ke sebuah acara yang dikenali Rembuk Kemerdekaan di Gedung Serbaguna Astaka Pemprov Sumut pada 27 Ogos lalu.
Saat kejadian, Jokowi sedang beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat sebelum RT dikatakan cuba menerobos barisan pengawal keselamatan yang bertugas menjaga presiden republik itu.
Dia kemudian menuang air mineral sebelum membaling kedua-dua selipar yang dipakai ke arah Jokowi. Namun perlakuan itu dapat dihalang oleh pengawal keselamatan yang menjaga keamanan Jokowi.
Menurut beberapa laporan lain, wanita tersebut dilaporkan tidak berpuas hati dengan pihak polis selepas aduannya mengenai satu kes tidak mendapat keadilan sewajarnya.
Oleh yang demikian wanita itu cuba menyampaikan mesej tentang ketidakadilan dan layanan buruk yang diterima kepada Jokowi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.