HIBURAN
Wani Kayrie Tayang Cincin, Peminat Ucap Tahniah!
Penyanyi Wani Kayrie mengejutkan peminat dan juga pengikut media sosial apabila memuat naik sekeping foto berupa sebentuk cincin yang lengkap dengan kotaknya.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok itu, Wani tidak memberi sebarang penerangan mengenai cincin berkenaan.
Namun, Wani hanya meletakkan emoji cincin pada ruangan kapsyen.
Hal tersebut sudah tentu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penggemar penyanyi berusia 25 tahun berkenaan.
Meninjau ruangan komen, terdapat beberapa komen yang menarik perhatian.

Ada yang meletakkan emoji hati pada foto tersebut dan ada juga pengikut Wani meninggalkan ucapan tahniah kepadanya.
Gempak cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada Wani. Namun, usaha Gempak masih belum membuahkan hasil.
Sumber: Instagram Wani Kayrie
Must-Watch Video