,
Hiburan

Wani Kayrie Tak Campur Hal Rumah Tangga Sepupu - “Kesal Isu Berlaku Beberapa Hari Sebelum Birthday Bella”

Mya Amri
26/03/2024
08:30 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie akui cukup terkesan dan bersimpati dengan dugaan ditempuhi oleh sepupunya, Bella Astillah.
Namun kata Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 24, dia enggan mencampuri urusan peribadi mereka kerana hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja.
“Berkenaan dengan hal itu sebenarnya secara peribadi saya tak nak komen apa-apa sebab saya hormati masalah Bella sendiri.
“Walaupun saya tahu apa yang dilalui sepanjang kita pernah sertai program realiti, sebelum ini. Saya tiada hak bersuara sebab belum berkahwin.
“Saya juga tidak tahu turun naik hal dalam rumah tangga macam mana. Tapi apa yang boleh saya kata adalah yang saya kasihan dengan Bella.
“Saya kasihan dengan apa yang dia perlu hadap, simpan selama bertahun-tahun ini. Tetapi pada masa yang sama, saya tak boleh menghakimi mana-mana pihak sebab saya hanya dengar di sebelah pihak dia sahaja (Bella),” katanya kepada Gempak.
Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single raya berjudul Balik Raya bersama Indah Ruhaila dan Nadeera di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

KESAL ISU BERLAKU BEBERAPA HARI SEBELUM HARI JADI BELLA

Bercerita mengenai sepupunya, Wani mendedahkan kali terakhir bertemu dengan Bella ialah pada awal tahun dalam sebuah acara.
“Ketika isu tersebut sedang ‘panas’, saya cuma mesej Bella secara biasa sahaja sebab tidak mahu ganggu dia.
“Saya kata dengan dia harap isu rumah tangganya ini dipermudahkan. Kali terakhir saya dan Bella berjumpa adalah pada awal tahun ini selebihnya hanya berhubung melalui telefon saja.
“Yang terbaharu, saya ada WhatsApp dia ucap selamat hari lahir sebab kebetulan tarikh lahir kami dekat.
“Rasa rasa kesal jugalah sebab isu itu berlaku beberapa hari sebelum hari jadi Bella. Saya hanya berikan mesej ringkas saja.
“Sekadar mendoakan yang baik-baik untuk kami. Bella pun ada balas mesej dan dia ucapkan terima kasih untuk semuanya kepada saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

Terdahulu, nama Bella menjadi hangat di media sosial sejak Sabtu lalu apabila suaminya, pelakon Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.
Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”

Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

BERITA TRENDING: “Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.
Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Unitar