,
Hiburan

Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

Firdaus
26/04/2024
01:55 MYT
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak.

Luah Rasa Simpati

Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya.
“Wani secara peribadi tak ada hak untuk menilai mana-mana pihak. Cuma Bella selalu berkongsi dan meluahkan perasaan dengan Wani.
“Wani hanya mampu mendengar sahaja sebab Wani belum berkahwin dan Wani tak boleh komen banyak tentang itu.
“Tapi Wani bersimpati ke atas apa yang berlaku terhadap Bella. Selebihnya terpulang kepada Bella, jika dia rasa sesuatu itu terbaik untuk dia, jadi lakukannya,” katanya.

Enggan Campur Urusan

Wani ditemui semasa Open House Astro yang berlangsung di Astro Media Solution, Kuala Lumpur, di sini semalam bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut tentang permasalahan yang dilalui Bella kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga aktres berkenaan bersama suaminya.
“Kita tak tahu apa yang berlaku antara mereka walaupun Bella Astillah tu sepupu saya, tapi saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.
“Jadi saya mesej dia dan mendoakan supaya dia dipermudahkan segala urusan, apa-apa yang berlaku biarlah orang rapat sahaja yang tahu.
“Selebihnya perkara yang tak perlu diberitahu, tak perlu diberitahu kepada orang ramai, sebab orang tak tahu apa yang kita lalui dan kita hanya boleh harapkan doa daripada orang ramai,” ujarnya.
Terdahulu, kontroversi pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali hangat diperkatakan selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan kronologi hubungan sulitnya bersama Aliff.
Menurut wanita itu, dia dan Aliff berhubungan dari Januari hingga Mac 2024.

BERITA TRENDING: “Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya

BERITA TRENDING: Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Unitar