gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Aku Kena Pegang-Pegang, Duit Pun Kena Rembat” - Rezza Shah 'Spill The Tea' Bekas Pengurus, Trauma Sampai Ganggu Mental
HIBURAN
Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman, Netizen Syak Fattah Amin Yang Komen - “Kalau Dah Love Biru Memang Confirm…”
VIRAL
"Wajah Saya Tak Akan Sama Lagi" – Wanita Derita Bibir Bengkak Lepas Suntik Filler
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Sesama Wanita Pun Suka Menghukum, Tak Suka, Scroll Sahaja” - Intan Najuwa

gempak
Umirah Halim
09/06/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
“Sesama Wanita Pun Suka Menghukum, Tak Suka, Scroll Sahaja” - Intan Najuwa
Pelakon, Datin Intan Najuwa menegur sikap segelintir netizen yang gemar menghakimi golongan ibu terutama apabila mereka berkongsi pengalaman peribadi di media sosial.
Menerusi hantaran di platform Threads, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menzahirkan rasa kecewa apabila sesetengah wanita bertindak mengkritik ibu-ibu yang berkongsi perjalanan penyusuan mereka secara terbuka.
“Biarlah semua ibu di luar sana gembira dan kongsikan apa sahaja yang mereka mahu tanpa dihakimi.
“Sejujurnya, sangat menyedihkan bila sesama wanita pula yang menjatuhkan hukuman,” tulisnya.
Pelakon drama Lelaki Itu itu turut menyeru agar para ibu tidak takut berkongsi kisah masing-masing kerana ia boleh menjadi panduan dan sumber ilmu bagi ibu lain.
“Ibu-ibu, kongsikan perjalanan kalian, cerita kalian, sebarkan kesedaran!
“Tak salah pun untuk berkongsi tentang penyusuan atau perjalanan susu badan anda.”
Bukan itu sahaja, Intan turut mengakui bahawa sebagai ibu baharu, dia sendiri banyak belajar hanya melalui perkongsian yang dibuat oleh orang lain di media sosial.
“Sebagai seorang ibu kali pertama, saya sendiri banyak belajar hanya dengan melihat perkongsian orang lain – media sosial sangat memudahkan semua itu.”
“Dan kepada sesiapa yang tak suka, mudah sahaja. Tekan butang unfollow atau teruskan scroll,” tulisnya lagi.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf pada Ogos tahun lalu dan kini bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan, Imane Lunara.Sumber: Threads
Topic Berkaitan
#Netizen
#Intan
#Najuwa
Must-Watch Video