gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: Trak Bawa 25 Anggota Tentera Kemalangan
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Pasangan Ajak Tinggal Dengan Mentua? Ramai Pilih ‘Tidak’ Sebab…
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Wani Kayrie Buka Mulut, Kongsi Kisah Di Sebalik Foto Cincin Yang Dimuat Naik Di Instagram

gempak
Gempak
23/05/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Wani Kayrie Buka Mulut, Kongsi Kisah Di Sebalik Foto Cincin Yang Dimuat Naik Di Instagram
Penyanyi Wani Kayrie akhirnya membuka mulut mengenai foto cincin yang dimuat naik di Instagramnya pada Khamis lalu.
Menurut penyanyi kelahiran Sabah itu, cincin berkenaan merupakan cincin yang digunakan oleh dua karakter bakal pengantin dalam muzik video bagi single baharunya, Cak Cak Cekuk.
Foto berkenaan dimuat naik bertujuan untuk memberi gambaran awal terhadap penceritaan klip video yang dibintanginya itu.
“Sebenarnya, cincin itu merupakan ‘watak utama’ dalam penceritaan muzik video Cak Cak Cekuk. Ceritanya bermula bila seorang puteri raja mahu mendirikan rumah tangga.
“Jadi, cincin yang saya muat naik itu merupakan cincin yang disarungkan oleh puteri raja berkenaan ketika menerima lamaran cinta si putera raja,” katanya kepada Gempak.
Wani mengulas mengenai foto cincin yang dimuat naik sehingga menimbulkan tanggapan yang dia bakal mengakhiri zaman bujangnya.
Ditanya mengenai tanggapan orang lain tentang kebarangkalian dia akan mendirikan rumah tangga selepas memuat naik gambar cincin tersebut, Wani berkata, dia mahu memberi fokus terhadap kerjaya seninya sebagai penyanyi dan pelakon terlebih dahulu.
“Buat masa ini, saya mahu fokus pada kerjaya. Mungkin bila sudah sampai masanya, saya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi.
Lagu Cak Cak Cekuk merupakan karya ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh dan dilancarkan pada 23 May lalu.
Sementara itu, video muzik Cak Cak Cekuk yang menampilkan Wani Kayrie, Jay Iskandar dan Myra Afrina boleh distrim di saluran Youtube Rocketfuel Entertainment.
Topic Berkaitan
#Cincin
#Wani Kayrie
#Lagu Baharu
#Cak Cak Cekuk
Must-Watch Video