,
Hiburan

Wani Comel Pertahankan Diri Selepas Ditegur Netizen Untuk Jaga Pemakanan - "Salahkan Saya Orang Kampung Yang Tak Pernah Merasa ..."

Zulaikha Yusof
11/12/2020
04:35 MYT
Gadis obesiti, Wani Comel tampil menjelaskan selepas terdapat segelintir netizen mempertikaikan tindakannya menikmati makanan yang tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya.
Jelas Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia hanya memakan sekadar untuk merasa.
"Saya jaga makanan yang saya makan. Saya tak makan yang bukan bukan. Doktor pun cakap saya boleh makan dalam kuantiti yang sikit.
"Bukan banyak. Jangan terus menilai saya ya," jawabnya di ruangan mesej yang dihantar.
Tambah Wani lagi, dia tidak pernah merasa ayam cheese sebelum ini.
"Tak baik cakap macam ni pada kak Bella, dia datang lawat saya dan kak Bella bawa saya makanan yang saya tak pernah makan dan saya pun makan sikit saja.
"Salahkan saya orang kampung yang tak pernah merasa makan makanan macam ni?" tulisnya lagi.
Tindakan Wani memuat naik foto ayam cheese dan lauk set kenduri telah menimbulkan rasa kurang senang hati dalam kalangan pengikutnya.
"Doktor selalunya tak bagi makan walaupun rasa makanan yang tak sihat macam ni. Lagipun adik Wani kan tak sihat. Macam-macam penyakit ada.
"Tolong Wani jaga pemakanan ayam tu tak sesuai untuk kesihatan Wani. Akak tau Wani kuat lawan penyakit.
"Adik Wani kalau boleh jangan makan makanan yang berminyak. Makan yang rebus, sayur dan buah," antara nasihat yang dihantar.
Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.
BACA: Wani Comel Masuk Wad, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru - "Doktor Akan Scan Juga Di Perut Bimbang Dijangkiti..."
Selepas pemeriksaan lanjut, Wani mendapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak.
BACA: Wani Comel Alami Masalah Jantung Bengkak, Perlu Rujuk Pakar - "Tolong Doakan Saya"
Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Instagram: wanicomel20
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jantung Bengkak, Jalil Hamid Hilang 30 Kilogram - "Bila Makan Akan Keluar Semula"

gempak
01/12/2023
09:54 MYT
Syafakallah...
Laman Utama

"Saya Maafkan Dia, Apa Yang Berlaku Biar Sampai Situ Saja" - Aliff Syukri Titip Ucapan Untuk Wani Comel

gempak
19/08/2021
10:23 MYT
Aliff Syukri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Wani Comel.
Laman Utama

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat COVID-19

gempak
19/08/2021
00:25 MYT
Salam takziah...
Laman Utama

Pulang Ke Kampung Untuk Hantar Bantuan, Wani Comel Tak Pernah Lupa Mak - "Setiap Hari Video Call & Kirim Duit Hasil Buat Review"

gempak
18/01/2021
07:20 MYT
Wani nak kerja baik-baik untuk ubah kehidupan Wani dan mak
Laman Utama

Rumah Di Pahang Dilanda Banjir, Wani Comel Mohon Doa Dari Semua Orang - "Ibu Saya Dari Awal Telah Pun Dipindahkan ..."

gempak
08/01/2021
03:00 MYT
Kampung saya di Felda Sungai Retang turut dilanda banjir.