,
Laman Utama

Walkie Talkie Tiba-Tiba Tak Fungsi, Sophia Albarakbah 'In Character' Cekik Pelakon Kanak-Kanak - "Tak Dengar Langsung Pengarah Suruh Cut!"

Shahrin Zulkifle
29/07/2022
02:06 MYT
Pelakon Sophia Al-Barakbah, 29, berkongsi pengalaman misteri ketika menjalankan penggambaran filem Jerangkung Dalam Almari pada 2019 lalu.
Jelas Sophia, ketika kejadian berlaku, dia tidak dapat mendengar arahan yang diberikan oleh tuan pengarah sewaktu melakukan babak ngeri bersama seorang pelakon kanak-kanak.
“Ketika itu babak saya sedang mencekik pelakon kanak-kanak diatas katil, babak itu berlanjutan untuk waktu yang agak lama. Saya fikir itu memang yang diminta pengarah, jadi saya teruskan sahaja.
“Rupa-rupanya pengarah yang mengawal dari luar sudah minta untuk cut melalui walkie talkie, cumanya saya yang ada dalam bilik tu bersama beberapa krew lain kami tidak dengar langsung arahan untuk berhenti.
“Detik itu berlaku lebih dari tiga minit dan secara tiba-tiba seorang krew datang dari luar dan memaklumkan pengarah sudah minta cut.
“Semua sangat terkejut apabila tahu kami yang berada dalam bilik tidak langsung dengar arahan itu, bila periksa walkie talkie, masih berfungsi dengan baik, itu yang pelik,” kongsinya.
Sophia ditemui di Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Jerangkung Dalam Almari pada Rabu.
Tambah Sophia, dirinya sama sekali tidak menolak tentang kewujudan mahluk halus yang wujud dalam era serba moden hari ini.
“Saya percaya dengan kewujudan mahluk halus pada hari ini dan saya tidak menafikan kewujudan mahluk tersebut.
“Tetapi secara peribadinya sendiri, saya tidak pernah mengalami hal-hal misteri ini dalam hidup saya setakat hari ini.
“Bukan untuk berasa riak, tetapi kalau boleh kita minta jauh dari hal-hal sebegini,” tambahnya.
Selain Sophia, Filem seram arahan Shadan Hashim ini turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Isaac Imaan, Anne Abdullah dan ramai lagi.
Filem Jerangkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos 2022.
Sinopsis
Filem Jerangkung Dalam Almari mengisahkan kehidupan seorang lelaki bersama Fikri yang tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya, Syikin dan anaknya. Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan, Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abangnya, Ali. Ali yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.