HIBURAN
Nak Lawa Bukan Mudah, Sajat Kongsi Perjalanan Cantikkan Gigi - “Kadang Nampak Sakit, Menakutkan, Bahkan Memalukan…”
Selebriti sensasi media sosial, Nur Sajat Berkongsi perjalanan dan proses transformasi giginya menerusi rawatan pergigian yang dilakukannya di Turki
Proses menjadi versi terbaik diri sendiri
Menerusi hantaran di akaun Instagram, Sajat telah memuat naik beberapa foto yang merakamkan proses sebelum, semasa, dan selepas rawatan gigi.
Menurut Sajat, perkongsian itu bukan sekadar tentang kecantikan semata-mata sebaliknya sebagai satu simbol keberanian melalui cabaran untuk menjadi versi terbaik diri sendiri.
“Gambar yang saya kongsikan di Turki ini bukan sekadar tentang gigi. la adalah perjalanan, sebuah proses penuh cabaran dan pengorbanan.
“Ramai orang hanya nampak hasil akhirnya, senyuman yang lebih cantik dan gigi yang lebih tersusun,” coretnya.
Tak mudah nak cantik
Dalam hantaran yang sama, Sajat turut menyentuh tentang realiti di sebalik tabir kecantikan yang sering tidak dilihat oleh orang ramai.
“Tapi jarang orang sanggup melihat proses di sebaliknya, kerana ia kadang nampak sakit, menakutkan, bahkan memalukan.
“Tetapi inilah realiti kecantikan. Cantik itu tidak datang dengan mudah. la ada jalannya sendiri. Ada detik kita rasa hilang yakin, sebelum kita bangkit dengan keyakinan baru,” kongsinya.
Bukan untuk menunjuk
Dalam pada itu, Sajat juga menegaskan bahawa perkongsiannya bukan bertujuan untuk menunjuk, tetapi sebagai satu bentuk ilmu dan inspirasi buat mereka yang ingin memperbaiki diri.
“Saya tidak berkongsi untuk menunjuk, jauh sekali memaksa. Saya kongsi kerana kecantikan adalah ilmu, pengalaman, dan perjalanan yang wajar dikongsi.
“Hidup ini hanya sekali, mati itu pasti. Jadi kenapa kita tidak memilih untuk jadi versi terbaik diri kita?
“Dalam tiga gambar ini, pertama, proses doktor membuang crowning lama. Kedua, keadaan gigi saya dengan crowning lama yang bermasalah. Dan ketiga, hasil selepas digantikan dengan crowning baru yang lebih moden dan sempurna.
“Bagi saya, gambar ketiga paling bermakna. la bukan sekadar senyuman baru, tetapi simbol keberanian, keyakinan, dan kebahagiaan yang saya pilih untuk diri saya sendiri,” jelasnya.
Sebelum ini, Sajat memuat naik video memaparkan dirinya dipercayai selesai menjalani operasi hidung.
Katanya, meskipun prosedur itu menyakitkan, dia sanggup menanggungnya demi kelihatan lebih cantik dan menawan.
Namun, tindakan tersebut turut mengundang teguran segelintir netizen yang menasihatinya supaya tidak berbuat demikian kerana didakwa berdosa di sisi agama.
Must-Watch Video