gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Che Ta Titip Pesanan Untuk Kaum Wanita Jika Suami Berlaku Curang - “Orang Perempuan Jangan Terus…”
HIBURAN
Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"
BERITA
Lelaki Dipenjara 40 Tahun, 24 Sebatan Bunuh Ibu Bapa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Walaupun Pilihan Lagunya Salah, Tapi Siapa Sangka…” - Ziana Zain

gempak
Asyikin Mayudin
18/06/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Walaupun Pilihan Lagunya Salah, Tapi Siapa Sangka…” - Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain tidak menyangka anak kecil yang pernah menjadi ‘flower girl’ dan menyanyikan lagu Berpisah Jua pada majlis persandingannya sekitar 1998 kini bergelar penyanyi terkenal.

Bakat kecil

Bakat kecil dimaksudkan Ziana adalah anak saudaranya iaitu Ernie Zakri, yang kini dikenali sebagai antara vokalis pelapis wanita dengan rangkaian lagu hit seperti Masing Masing dan Aura.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Anggap Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Bakal Jadi Sejarah Buat Industri Seni - “Sebab Ini Pertama Kali…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Disindir Menumpang Populariti Ziana Zain, Anuar Zain Hanya Tersenyum - “Kalau Dulu, Lagi Teruk Orang Mengata Kita…”

Bangga dengan pencapaian Ernie, Ziana mengaku tidak sabar berkongsi pentas dengan anak saudaranya itu pada Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur, pada 18 Oktober depan.
"Pada Pada 1998, Ernie menyanyi lagu Berpisah Jua pada majlis persandingan saya. Dia juga menjadi 'flower girl' (dayang) saya.

"Walaupun pilihan lagunya 'salah' (seloroh), tetapi siapa sangka, budak kecil 'tembam' yang memakai riben di atas kepala sudah jadi penyanyi sekarang.

"Dahulu dia tengok kami menyanyi, sekarang, saya dan Ernie akan berkongsi, bukan sahaja pentas, malah, peminat.
"Bagi saya, ini kombinasi yang sangat menarik kerana membabitkan dua generasi berbeza," katanya kepada Gempak.
Selain Ernie, Ziana juga yang bakal berkongsi pentas bersama adiknya Anuar Zain dan juga suami Ernie, Syamel pada konsert itu.

Impian berkongsi pentas

Dalam pada itu, Ziana turut meluahkan rasa sebak akhirnya impian untuk mementaskan konsert yang digelar persembahan 'anak-beranak' atau 'empat sekeluarga' akhirnya tercapai.

"Setiap kali berjumpa kami berempat selalu berbincang, alangkah seronoknya kalau dapat adakan konsert bersama-sama.

"Insya-Allah, kami hendak jadikan konsert ini diingati sampai bila-bila dan mungkin boleh menjadi sejarah dalam industri muzik," katanya.
Topic Berkaitan
#Syamel
#Anuar Zain
#Ziana Zain
#Ernie Zakri
#Konsert Empat
Must-Watch Video