gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabila Razali & Jack Tan Bersatu Dalam Siri Drama Menyentuh Hati, Senyuman
HIBURAN
Tori Spelling Dakwa Anjing Makan Jari Kaki Sewaktu Menginap Di Hotel Mewah
HIBURAN
Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk ‘Pecahkan’ Ego Super Star
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk ‘Pecahkan’ Ego Super Star

Maliah Surip
Maliah Surip
07/08/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk ‘Pecahkan’ Ego Super Star
Penyanyi Afgan diketahui selamat menunaikan haji baru-baru ini. Pemilik lagu Kalau Jodoh Pasti Bertemu itu juga sempat berkongsi beberapa momen perjalanan rohaninya sewaktu menunaikan haji di media sosial.
Namun selepas beberapa bulan pulang daripada menunaikan rukun Islam kelima itu, Agfan baru mendedahkan alasan di sebalik keputusannya naik haji pada usia 35 tahun.
Tanpa berselindung, Afgan memberitahu dia menunaikan haji untuk meruntuhkan ego dalam diri kesan daripada popularitinya sebagai penyanyi ternama.
Menurut Afgan, jiwanya berasa kosong, mati rasa dan sempat kemurungan kerana sudah terlalu lama berkarier sehingga akhirnya dia baru tersedar bahawa hidup bukan hanya tentang perihal dunia.
"Hidup saya penuh dengan tanda tanya. Saya seperti lost (hilang) saja. Tidak ada pegangan, jadi saya rasa semuanya macam bercampur aduk.
Jadi lumayan deep lost-nya tuh," kata Afgan sewaktu menjadi tetamu YouTube Daniel Mananta Network, seperti dilaporkan RCTI.
Dalam proses menenangkan diri, Afgan akhirnya memilih untuk mulai belajar agama lebih dalam, termasuk meminta pendapat penyanyi, Dewi Sandra yang lebih dulu memilih hijrah.
“Akhirnya umur 35 tahun saya putuskan naik haji,” katanya lagi.
Pelantun Bukan Cinta Biasa itu mengaku misi utamanya memperdalam agama untuk meruntuhkan ego sebagai seorang super star.
Melalui ibadah Haji, Afgan kian sadar tugasnya sebagai hamba harus lebih berserah kepada Sang Pencipta.
"Proses saya untuk meruntuhkan ego dan pada dasarnya mulai dari awal lagi. saya suka dengan konsep lahir kembali," akui Afgan.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Afgan
#Indonesia
#Haji
#Ego
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement