,
Laman Utama

“Walaupun Anak Saya Lelaki, Saya Masih Risau” - Bapa Ini Rungkai Sebab Utama Teman Anak Dating Sampai Ke Taiping

Izwan Isa
20/10/2021
01:50 MYT
Semalam, viral kisah seorang bapa dari Sungai Buloh yang sanggup menghantar anaknya bertemu dengan kekasih di sebuah lokasi di Taiping, Perak. Rata-rata yang menonton video tersebut memuji sikap si bapa yang bukan sahaja sporting, malah melayan keinginan anak lelakinya untuk berjumpa dengan kekasih hati buat pertama kali.
Berpeluang berbual dengan tuan empunya diri, Mohd Jasni Mohd Noh, bapa berusia 44 tahun itu berkata, dia bersetuju untuk membawa anaknya, Mohd Yusri Daniel bertemu dengan kekasih hati kerana bimbang akan keselamatan ketika berada jauh daripada keluarga.
Ujar Jasni, dia juga tidak mahu masyarakat luar memberi pandangan yang kurang manis terhadap anaknya jika dia membiarkan Yusri pergi bertemu dengan kekasih hati seorang diri.
“Sebenarnya, mereka kenal menerusi media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Bagaimanapun mereka tidak pernah berjumpa. Anak saya berumur 18 tahun dan kekasihnya juga sebaya dengannya. Anak saya bekerja di kedai makan dengan kakaknya.
“Apabila dia meminta izin untuk berjumpa, saya bimbang untuk lepaskan dia sendiri kerana kekasihnya tinggal di Taiping, Perak. Saya terangkan padanya yang dia tidak pernah berjumpa dengan gadis itu. Tentulah saya bimbang akan keselamatan anak saya, kalau disamun atau ditipu. Walaupun anak saya lelaki, tetapi saya masih risau,” katanya kepada Gempak.
Enggan melukakan hati anak tersayang, Jasni kemudiannya bersetuju untuk menemani dan menghantar anaknya bertemu dengan kekasih hati di lokasi yang dijanjikan.
“Saya pun memandu dari Sungai Buloh, Selangor ke Taiping, Perak pada Ahad lalu. Tetapi, saya pastikan juga ibu bapa gadis itu pun tahu akan pertemuan yang dirancang ini. Sebab kita tak naklah jadi apa-apa sebab saya faham kembimbangan ibu bapa kerana saya pun ada anak perempuan,” katanya.
BACA: Memandu Dari KL Ke Taiping, Bapa Teman Anak 'First Date' Terima Pujian Netizen - "Pergh Terbaik, Memang Sporting"
Jasni menambah, selain mahu lihat anaknya gembira, dia juga tidak mahu hubungan bapa dan anak yang dimiliki renggang.
“Sebenarnya, ibu bapa mana yang tidak mahu buat yang terbaik untuk anak-anak? Dengan anak ni, kita jangan putus asa untuk memberi nasihat, tidak kiralah sampai dia dah kahwin dan memiliki anak serta cucu.
“Saya dengan keluarga sendiri tidak berapa mesra. Bila dah tua, mak ayah dan beberapa adik beradik dah meninggal dunia, rasa sunyi datang menerpa. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk sentiasa berada dekat dengan anak-anak saya,” ujarnya.
Ditanya adakah Jasni menerima gadis itu sebagai menantu jika ditakdirkan berjodohan dengan anak sendiri, Jasni yang bekerja sebagai pemandu peribadi berkata: “Kalau dah jodoh, saya okay sahaja. Kalau anak saya rasa ia satu hal yang baik, saya turutkan,” tutup Jasni.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.