ASTRO GEMPAK ARTICLE
Prince Syed Ketakutan Diserang Peniaga Laksa Di Sungai Petani - "Kami Masuk Event Beberapa Hari Je, Bukan Buka Kedai Terus Sini"
Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, meluahkan rasa kesal apabila difahamkan telah diserang secara verbal oleh seorang peniaga laksa tempatan ketika menyertai Pesta Orked Food Festival di Dataran Jam Besar, Sungai Petani.
Dalam hantara di media sosial, Prince Syed menceritakan insiden itu berlaku secara tiba-tiba apabila seorang individu dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an datang ke booth jualan mereka dan memarahi isterinya, Fatin.
“Sumpah sedih dengan apa yang berlaku baru saja tadi. Kami kena serang dengan peniaga laksa di Sungai Petani ini.
"Kami tak kenal pun siapa dia, orangnya dalam umur 50-an, tiba-tiba datang marah-marah isteri saya. Kenapa perlu marah isteri saya?
"Saya ni suami dia, pantang kalau ada orang buat apa-apa pada isteri saya,” katanya.
Menurutnya, individu berkenaan mendakwa kehadiran Laksa Viral di festival itu menjejaskan perniagaan laksa tempatan lain.
Namun Prince Syed menegaskan mereka hanya menyertai acara berkenaan untuk tempoh singkat, bukannya membuka cawangan tetap di kawasan tersebut.
“Dia kata sebab laksa viral kami, peniaga lain akan terkesan. Padahal kami masuk event ini hanya beberapa hari sahaja, bukannya buka kedai kekal di Sungai Petani. Sampai hati marah-marah depan booth kami,” jelasnya.
Prince Syed turut berharap masyarakat tempatan terus memberi sokongan kepada perniagaan mereka sepanjang festival berlangsung.
“Harapan kami orang Sungai Petani datanglah support Laksa Viral kami,” ujarnya.
Laksa Viral Prince Syed & Fatin kini menyertai Pesta Orked Food Festival yang berlangsung dari 22 hingga 31 Ogos 2025 di Dataran Jam Besar, Sungai Petani.@prince.syed.shahid Sumpah sedih dengan apa yang berlaku baru jer tadi kami kene serang dengan peniaga laksa di sungai petani ni , kami x kenal siapa dia , orng nya berumur dalam 50 tahun camtu , dia datang dan serang , marah2 wife saya , kenapa perlu marah wife saya ya ? Sy ni suami nya tau , pantang sesiapa buat apa2 pada wife saya , … kehadiran laksa viral ke sini menjadi isu katanya , sebab laksa viral kami penyebab laksa dia dan peniaga laksa lain akan terkesan , walhal kami ni masuk event yg hanya beberapa hari shj tau , bukannya bukak cawangan di sungai petani ni , sampai hati marah2 kat depan booth kami ni tadi , kami harap orang sungai petani mai lah support laksa viral kami ni PESTA ORKED FOOD FESTIVAL LAKSA VIRAL PRINCE SYED & FATIN 22 - 31 OGOS 2025 DATARAN JAM BESAR SUNGAI PETANI♬ original sound - Prince Syed Couture
Must-Watch Video