,
Laman Utama

"Walau Tidak Dibasahi Hujan..." - Lirik Lagu Azimat Cinta (Siti Nurhaliza) Yang Latari Video-Video Aizat Saha!

Amri Hassan
04/10/2023
04:40 MYT
Video POV kekasih merajuk, kekasih bergaduh, kekasih memujuk TikTokers Aizat Saha menjadi bualan ramai. Realistik dan pada masa sama ramai yang boleh relate dengan situasi yang dipaparkan jejaka kacak tinggi lampai itu.
Menariknya, kebanyakan lagu latar yang digunakan Aizat dalam kandungan videonya merupakan lagu-lagu 'galau' nyanyian mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bukan Cinta Biasa dan Azimat Cinta menjadi lagu utama yang melatari video-videonya.
Apa kata kita layan lagu Azimat Cinta Datuk Seri Siti Nurhaliza sambil feeling-feeling POV kekasih merajuk!
Cahaya cinta menyinar Berkilauanlah selautan kasih Bercahaya
Bagaikan butiran permata Seolah-olah terapung dipermukaannya
Daku menjejaki pantai rindu Mengutip kasih yang terdampai Kau merantaikannya satu demi satu Dengan kasih sayang mu Kini menjadi kalungan azimat cintaku
Walau tidak dibasahi hujan Namun tempiasnya menyegarkan Biarpun rembulan tidak di ribaan Namun cahayanya cukup menerangi bayangan
Harumlah cinta di jiwa Sewangi kasturi syurgawi Semoga bahagia jadi milik kita Nan abadi selama-lamanya
Daku menjejaki pantai rindu Menyaksikan rintihan berlalu Ombak resah yang menghempas diri Hanyutkanlah kedukaan Bawalah jauh daripada bayangan
Walau tidak dibasahi hujan Namun tempiasnya menyegarkan Biarpun rembulan tidak di ribaan Namun cahayanya cukup menerangi bayangan
Harumlah cinta di jiwa Sewangi kasturi syurgawi Semoga bahagia jadi milik kita Nan abadi selama-lamanya
Andai sinar mentari Terlindung di balik redupan awanan Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu Agar bisa ia menyinarkan cahayanya Untuk kita berdua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.