,
Hiburan

Wak Doyok Derita Kena Santau Angin - “Bila Waktu Maghrib, Saya Batuk Teruk”

Gempak
14/08/2024
13:55 MYT
Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, 45, kini dalam proses pemulihan akibat gangguan sihir.

Santau angin

Wak atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor berkata dia mendapati kesihatannya merosot, namun sangka hanya sakit biasa.
"Saya baru sahaja pulih daripada gangguan mistik. Saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya sudah banyak kali bertemu doktor, tapi makan ubat tetap tak pulih.

"Jadi, saya buat rawatan alternatif. Saya pelik bila waktu Maghrib, saya batuk teruk. Tekak gatal, kering dan bila malam sahaja susah nak tidur.

"Alhamdulillah, kini saya sudah beransur pulih, cuma kena berpantang. Saya tak boleh makan makanan bercucuk," katanya.

Ciri-ciri gangguan jelas dan nyata

Wak berkata, dia percaya apa yang dialami akibat terkena santau kerana ciri-ciri gangguan jelas dan nyata ada pada dirinya.

"Kuku akan jadi kebiru-biruan. Ia adalah ciri santau yang nyata.

"Sekarang saya masih pulihkan keadaan diri dan lindungi daripada sihir," katanya.

Sedia memaafkan

Mengulas sama ada tahu siapa yang melakukannya, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu berkata berkata, dia tidak tahu, namun bersedia memaafkannya.
"Saya tidak tahu siapa yang hantar sihir, mungkin kenalan terdekat. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali nak berhutang.
"Saya berhutang dengan bank sahaja. Mungkin daripada mata dan percakapan pun boleh jadi sihir juga.

"Saya terima dengan hati terbuka dan minta doa daripada emak. Saya juga berdoa agar pulih seperti sedia kala dan boleh bekerja untuk menampung keluarga.

"Untuk siapa yang buat, saya maafkan. Tapi, kena jawab dengan Allah atas perbuatannya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."

ARTIKEL BERKAITAN:Wak Doyok ‘Reject’ Wanita Berusia Jadi Calon Isteri -”Nanti Kalau Dia Jatuh Sakit, Saya Pula Nak Kena…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Tak Nak Menantu Janda, Mahu Anak Dara! Wak Doyok Komen - “Bukan Makcik Yang Nak Kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

ARTIKEL BERKAITAN:Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

Wak berkata, rakan kongsinya juga terkena tempias perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Rakan kongsi ada terkena sedikit. Biasalah orang berniaga macam kami. Kalau buat jahat seperti merosakkan kereta atau langgar, mungkin orang nampak. Buat perkara ghaib tak nampak.
"Jadi, saya ikhtiar untuk pulih sahaja. Penat juga berulang-alik, tapi saya percaya ia tak boleh bawa mati.
"Saya usaha untuk pulih daripada berdiam diri tak buat apa, mungkin ia akan makan dalam. Bimbang juga jadi lebih parah," katanya.
Terdahulu, Wak semakin banyak terima tawaran lakonan terutama di platform OTT selepas menjayakan filem Abang Long Fadil 2.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Viral

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

gempak
15/07/2024
22:00 MYT
Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.