HIBURAN
Waheeda Sedih Ramai Penyanyi Promosi Lagu Raya Semasa Bulan Puasa - “Ramadan Ini Sepatutnya Mengingatkan Kita Kepada…”
Penyanyi Waheeda meluahkan rasa kurang senang dengan trend pengeluaran lagu Aidilfitri ketika bulan Ramadan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok Talk To You Later, pelantun lagu Wassini itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati kesucian bulan mulia ini.
“Saya ingin mengatakan sesuatu sebagai anak seni dan peringatan kepada rakan-rakan yang lain pada saya sekarang ini sudah makin kurang ajar.
“Sebelum puasa dan sebelum masuk pertengahan Ramadan dah mula bernyanyi lagu raya dan buat promosi. Bukan itu sahaja, dari segi keterampilan pun sudah tidak dijaga,” luahnya.
Selain itu, Waheeda turut mempersoalkan keperluan untuk mempromosikan lagu raya terlalu awal.
“Anak-anak seni takut..nak kena keluarkan lagu awal sebab nak promosi? Kenapa, adakah sebab nak bersaing antara satu sama lain?
“Jadi, di mana keyakinan terhadap rezeki Allah? Allah naik dan Allah juga turunkan. Jadi tukar pemikiran kita.Sampai bila masih nak berada di takuk lama?” tambahnya.
Waheeda turut berharap agar perkara ini tidak berulang pada masa akan datang kerana bimbang jika keadaan ini berterusan, Ramadan yang akan datang mungkin lebih tercemar.
“Ramadan ini sepatutnya mengingatkan kita pada, ‘kau tak takut tuhan ke?’,” tambahnya. “Harapnya selepas ini biarlah lebih baik sebab khuatir, kalau macam inilah Ramadan sekarang kita tak tahu apa akan jadi Ramadan tahun hadapan. Sedih sebab bulan Al-Quran tetapi ianya tidak dihormati,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersependapat dengan Waheeda mengenai isu yang disuarakannya.
Must-Watch Video