,
Laman Utama

Wah Dapat RM7,762 Hanya Untuk 1 Video? Resipi Ayam Masak Butter Che Nom Buat Ramai Terkejut!

Hanafis Haris
02/02/2021
11:50 MYT

YouTuber masakan popular Che Nom menarik perhatian ramai apabila berkongsi pendapatan diperolehnya hasil daripada sebuah video yang dimuat naik dua tahun lalu.

Perkongsian itu dibuat Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 39, menerusi posting di Twitter Che Nom, hari ini.

Menurut Che Nom, dia agak terkejut apabila video resipi 'ayam masak butter' yang dimuat naik pada Julai 2019 memperoleh pendapatan agak tinggi.

“Video lama Che Nom Ayam Masak Butter, nak tergelak pon ada tengok ni.

“Tapi dah dapat RM7,762 dari video ni.

“Cuba untuk percaya kebolehan anda, bukan dengan bakat.

As along as you have growth mentality you'll be just fine,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah diperoleh dengan hanya bergantung pada satu video.

Jumlah berkenaan juga telah menjadi inspirasi buat kebanyakan mereka untuk turut sama menghasilkan video di platform berkenaan.

Untuk rekod, Che Nom mula berjinak dalam arena YouTube pada 2013.

Sehinggi kini saluran YouTube Che Nom telah memperoleh 993,000 ‘subscriber’.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.