,
Nusantara

Vokalis Radja, Ian Kasela Lelong Kaca Mata Sebab Tak Ada Duit Nak Hidup

Maliah Surip
09/10/2020
01:52 MYT
Impak pandemik Covid 19 meninggalkan kesan yang cukup besar buat banyak penduduk dunia.
Jangankan kata tukang kebun, pekerja kolar putih atau profesional pun ikut terasa kesan dari virus yang masih belum mahu hilang ini.
Salah satu kerjaya yang ikut terkena impak adalah pelaku seni sama ada pelakon, pemuzik atau karyawan balik tabir.
Di Indonesia, salah satu pemuzik yang kini hampir tak punya wang untuk meneruskan kehidupan adalah vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela.
Untuk memastikan dia masih mampu membeli makanan dan menampung keperluan lainnya, Ian terpaksa membuat keputusan untuk melelong koleksi kaca mata ikonik yang sering dipakainya sewaktu membuat persembahan.
Melalui entri di akaun Instagramnya sekitar 14 jam lepas, Ian yang mempopularkan lagu Benci Bilang Cinta itu memberitahu hasratnya melelong barangan peribadi kesayangannya itu.
"Jika ini harus dilelong, mana satu yang kalian inginkan?" tulis Ian.
Di video tersebut, Ian juga kelihatan sedang memilih beberapa kaca mata yang pernah dia gunakan untuk dilelong.
Pria berusia 44 tahun itu mengatakan bahawa hal ini dilakukan kerana Band Radja tidak memiliki kewangan untuk menampung kehidupan mereka akibat sudah lama tidak mempunyai pekerjaan sejak pandemik Covid 19 melanda.
"Kami tak punya tabungan dan memang sudah lama tak buat persembahan. Tak ada pekerjaan jadi untuk menampung kehidupan, kami fikir lebih baik menjual koleksi ini.
"Ini kami lakukan untuk menyambung hidup, bukan digunakan untuk berfoya foya," kata Ian.
Band Radja adalah salah satu band dari Indonesia yang cukup popular di Malaysia sekitar tahun 2001 lalu.
Antara lagu popular Radja yang lain adalah Jujur dan Tulus.
Kredit Foto: Liputan6.com Instagram: @iankaselaradja
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Vokalis Radja, Ian Kasela Jatuh Pentas Sebab Kaca Mata Hitam

gempak
10/07/2024
12:00 MYT
Vokalis Radja, Ian Kasela sangat ikonik dengan gaya cermin mata hitam sewaktu membuat persembahan.
Hiburan

Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Berkaca Mata Hitam Ditemani Pengawal Peribadi, Bapa Mohon Doakan Yang Baik-Baik

gempak
13/06/2024
04:42 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dilihat tenang semasa tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12:25, hari ini.
Laman Utama

Dalam Berhibur, Radja Pesan Ingat Rakyat Pales***

gempak
15/11/2023
11:55 MYT
Konsert sambil beramal
Laman Utama

Trauma Diugut Bunuh, Radja Kembali Ke Malaysia: “Malaysia Rumah Kedua Kami”

gempak
05/10/2023
03:50 MYT
Radja tidak serik bertemu peminat di Malaysia.
Laman Utama

Radja Bikin Konsert Bersama Ella Di Kuala Lumpur 12 November Depan!

gempak
16/09/2023
12:01 MYT
Live In Concert: Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu) akan berlangsung pada 12 November 2023 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.