HIBURAN
Vokalis Juicy Luicy Bengang, Peminat Wanita Minta Buka Seluar & Lempar Duit : “Anj*ng”
Vokalis kumpulan Juicy Luicy, Julian Kaisar atau Uan Kaisar sempat berdepan situasi kurang menyenangkan awal bulan ini sewaktu membuat persembahan di HW Livehouse Kelapa Gading, Jakarta, Indonesia.
Uan malah bengang dan perbuatannya menyepak duit yang dilempar ke atas pentas sempat menjadi tular di media sosial.
Tindakan itu bukan dilakukan tanpa sebab atau penyanyi lagu Sialan itu tidak menghargai duit tetapi Uan berang kerana ia diberikan dengan tujuan yang disifatkan biadab.
Menerusi video yang tersebar, dapat dilihat dengan jelas seorang peminat wanita memegang duit dan meminta Uan membuka seluar sewaktu dia sedang menyanyi.
Berang dengan tindakan wanita itu yang memintanya membuka seluar dan mencampakkan duit ke atas pentas, Uan kemudian menyepak duit tersebut.
Uan kemudian menjelaskan situasi yang terjadi dalam satu siaran TikTok.
“Saya sudah beritahu saya tidak mahu duit, duit saya pun sudah banyak.
“Tapi kemudian dia minta saya buka seluar…buka seluar. Anjing!”katanya seperti dilaporkan Suara.com.
Juicy Luicy saat ini menjadi kumpulan dari Indonesia yang sedang popular dan banyak melakukan persembahan. Kumpulan ini juga terlibat dengan Ruang Inspirasi Festival (RIF 25) yang akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2025.
Must-Watch Video