,
Berita

Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

Gempak
01/11/2024
13:15 MYT
Usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Anuar mengumumkan bakal melepaskan jawatan sebagai pengasas bersama dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) susulan kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.
Vivy berkata, dia dan suami memohon maaf kepada Khazanah dan PNB berikutan kontroversi yang mengaitkan kedua-dua entiti itu selain menegaskan bakal mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan pelaburan tersebut.
“Khazanah dan PNB sentiasa bertindak profesional demi kepentingan organisasi. Kami berharap kekecewaan ini tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus menyokong usahawan tempatan yang lain.

“Rasanya sudah tiba masa untuk kami melangkah keluar daripada perniagaan dan melepaskan jawatan.

“Kami tidak mahu isu-isu seterusnya menjejaskan syarikat memandangkan ia sedang berada dalam fasa pemulihan,“ katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis bertarikh 28 Oktober yang disiar di laman sesawang Parlimen pada Selasa memaklumkan, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam Fashion Valet.
Kementerian itu menjelaskan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik berikutan kedua-dua entiti terbabit melabur sebanyak RM47 juta (Khazanah: RM27 juta, PNB: RM20 juta) untuk pegangan minoriti masing-masing dalam syarikat berkenaan pada 2018.
Vivy turut menjelaskan, sebagai individu yang bertanggungjawab menguruskan syarikat, beliau mengakui kecewa dan kesal dengan diri sendiri sebaik berita kerugian tersebut heboh di media sosial.
Katanya, dia dan suami cuba untuk mengembangkan perniagaan, membangunkan pasukan terbaik dan melabur dalam bidang teknologi demi syarikat, namun tidak dinafikan ia terlalu agresif serta tiada perancangan teliti.
“Sebenarnya kami cuba mengembangkan perniagaan, tapi tidak membuat perancangan yang cukup. Kami melabur dalam keperluan teknologi, mengembangkan pasukan terlalu cepat dan menambah banyak kedai.

“Kami buat silap dan jangka akan berlaku pertumbuhan berterusan, namun apabila pandemik Covid-19 melanda, kami tersilap. Kami cuba kurangkan kos termasuk tutup platform e-dagang, tetapi keadaan jadi lebih buruk.

“Terlalu banyak perkara yang kami harapkan sebelum merancang untuk mengembangkan perniagaan,“ ujarnya lagi.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Rusia Denda Google AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

BERITA TRENDING: Pegawai Kadet UPNM Ditekap Seterika: ATM Sahkan Kes Sedang Dalam Siasatan

BERITA TRENDING: 'Oyen' Paling Gemuk Di Dunia Telah Mati

BERITA TRENDING: Pusat Respons Scam Kebangsaan Terima 122,603 Panggilan Aduan Sehingga Ogos 2024 - MOF

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Op Favish: Ada Transaksi Meragukan, SPRM Mahu Lihat Jika Ada Unsur Penipuan - Azam Baki

gempak
07/11/2024
14:40 MYT
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Mohd Azam Baki berkata, Bahagian Perakaunan Forensik ketika ini sedang menyemak kira-kira 50 hingga 60 kotak dokumen berkaitan syarikat tersebut dan laporan akan diserahkan pula kepada Bahagian Siasatan.
Berita

SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta

gempak
06/11/2024
14:41 MYT
Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Berita

Isu FashionValet: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Disita Dari Kediaman Vivy, Fadza

gempak
06/11/2024
14:32 MYT
Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Hiburan

Tengah Tunggu Vivy Yusof & Suami, Sekali Jamal Abdillah Muncul Di Pejabat SPRM

gempak
06/11/2024
06:25 MYT
Perkongsian video di Sinar Harian memperlihatkan kelibat penyanyi Datuk Jamal Abdillah tiba-tiba muncul ketika pengamal media sibuk menantikan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mencuri perhatian netizen.
Berita

SPRM Ambil Beberapa Dokumen Dari MoF, Khazanah, FashionValet - Azam

gempak
04/11/2024
12:03 MYT
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dokumen-dokumen itu diambil untuk dikaji dan disemak melibatkan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Unitar