,
Laman Utama

Viral Kerana Saman Kekasih Yang Menyebabkannya Lumpuh, Instafamous Laura Anna Meninggal Dunia

Maliah Surip
15/12/2021
07:15 MYT
Seorang Instafamous dari Indonesia, Laura Anna atau nama sebenarnya, Edelenyi Laura yang menjadi viral baru baru ini dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Khabar sedih ini mengejutkan banyak pihak apa lagi Laura sedang menjadi buah mulut selepas mendedahkan dirinya ‘membawa’ bekas kekasihnya, Gaga Muhammad ke penjara selepas dua tahun mengalami kecelakaan jalan raya.
Malah kes Laura dan Gaga kini sedang dibicarakan di mahkamah. Gaga ditahan pihak berkuasa atas kesalahan lalu lintas pada tahun 2019 sehingga menyebabkan Laura lumpuh.
Berita Laura, 21, meninggal dunia pertama kali diketahui melalui perkongsian dan ucapan takziah yang disampai oleh para selebriti termasuk pasangan Raffi Ahmad dan Nigita Slavina, pelakon sensasi, Nikita Mirzani dan isteri jutawan kosmetik, Shandy Purnamasari.
Laura .... We Love U. Selamat jalan teman ... Kamu pasti diberikan tempat terbaik di sana keranaa kamu orang baik ... Innalillahi wa inna ilaihi raji'un .... Istirahat yang tenang ya Laura," tulis Raffi Ahmad dan Nagita Slavina dalam Instagram-nya.
“Innalilahiwainailaihi rajiun. Lora sudah tidak sakit lagi, sudah tidak sedih lagi.
“Sudah boleh jalan lagi, Lora sudah bahagia di sisi Tuhan. Semua sayang sama Lora. Al fatihah untuk Lora," tulis Shandy Purnamasari dalam kemas kini fotonya dengan Laura Anna.
Nikita Mirzani juga mengumumkan hal serupa. Melalui kemas kini di Instagram dan dipetik semula oleh CNN Indonesia, Nikita mengaku sedih kerana agendanya dan Laura untuk menjalani rawatan ke Beijing, China, pada tahun depan tidak akan terwujud.
Selain itu banyak selebriti Indonesia juga dilihat memberi ucapan takziah kepada gadis tersebut dan dia menjadi trending di Twitter kerana ramai netizen yang ikut berbelangsuka dan terkejut dengan pemergiannya pada usia yang masih muda.
Detik.com melaporkan seorang ahli keluarga Anna mengatakan gadis tersebut mengalami sesak nafas sejak semalam dan sempat dibawa ke hospital. Namun keadaannya tidak membaik sehingga menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Terdahulu, Laura sewaktu menjadi tetamu dalam podcast Deddy Corbuzier membuka cerita tentang kehidupannya selepas mengalami kemalangan ngeri yang terjadi pada 8 Disember 2019.
Selain lumpuh, Laura mengaku dirinya tidak dipedulikan bekas kekasihnya, Gaga. Dia juga mendakwa Gaga yang memandu saat mereka kemalangan di kawasan Jagorawi sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Hal yang demikian membuat bukan hanya kesakitan fiziknya lambat membaik, tetapi juga mentalnya.
Gaga yang juga bekas kekasih pelakon dan Instafamous Akwarin itu didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
Sementara itu Gaga mengaku dirinya berada dalam keadaan kurang stabil dan sempat tertidur sewaktu kemalangan ngeri berlaku.
Namun dia menegaskan saat peristiwa terjadi, mantan kekasihnya, Laura juga dalam keadaan mabuk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.