,
Hiburan

Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"

Amri Hassan
24/04/2024
12:48 MYT
Siapa sangka daripada memuat naik video secara suka-suka di aplikasi TikTok membuka pintu rezeki berganda buat pelakon baharu, Hazrat Muaz apabila menerima tawaran berlakon membintangi beberapa buah drama dan mengacara program travelog baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Jaja Ishak Tak Percaya Artis Kontroversi Boleh Naikkan Rating Drama! - "Saya Tak Nak Pening Kepala"

“Sebenarnya saya buat video tersebut secara suka-suka sahaja. Tak sangka pula video berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sehingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi disertakan komen peminat.
“Bila video berkenaan ‘blow up’, ada beberapa tawaran berlakon datang. Saya pula memang meminati bidang ini sejak dahulu dan rasanya ini peluang terbaik untuk saya menceburi bidang seni seperti mana yang diimpikan sejak dahulu,” kata Hazrat.
Meskipun masih baharu, lelaki yang berusia 29 tahun ini teruja apabila dilamar untuk membintangi drama Panggil Aku Dahlia yang akan tamat penggambaran bulan ini.

Senior beri tunjuk ajar

Jelasnya, dia teruja membawakan watak King Shah selain dapat bergandingan dengan beberapa nama besar yang lain termasuklah Datuk Sri Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Azah Aziz, Lisdawati dan Raja Azmi yang sememangnya merupakan pelakon hebat tanah air.
“Bukan mudah sebenarnya untuk orang baharu seperti saya menceburi bidang ini sementelah saya sendiri tiada pengalaman. Apa yang membanggakan tatkala mereka yang lebih senior memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya untuk menghidupkan watak yang diberi.
“Memang saya menghormati sikap baik yang ditunjukkan mereka sepanjang penggambaran. Saya sendiri perlu membuang rasa malu dan kekok untuk memberikan hasil yang terbaik kepada produksi,” tambahnya lagi.
@hazratmuaz jom try duet dinda? #jajaishakchannel #bakathebatpahang #panggilakudahlia #hibahtakafulmampumilik #viralvideo ♬ bunyi asal - ABG LEGEND ?

Masuk kelas lakonan

Pun begitu, Hazrat yang juga merupakan perunding takaful mengakui ada mengikuti kelas lakonan sebelum masuk ke set. Dia mendapatkan khidmat beberapa orang guru termasuklah Lan Siro & Jaja Ishak yang banyak membantunya menapak sebagai seorang pelakon baharu.
Dengan ilmu yang diberikan, dia mula membina kepercayaan pihak produksi Jaja Ishak Channel Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit pertama yang mengesan bakatnya sehingga memberikan peranan pelakon pembantu utama dalam drama Panggil Aku Dahlia.
“Bukan mudah sebenarnya mahu membina kepercayaan orang kepada kita. Bila sudah dapat peluang, saya harus lakukan yang terbaik bagi membalas jasa mereka. Sebab itu saya suka berada di set penggambaran dan bercampur dengan pelakon senior.
“Mereka tidak pernah lokek dengan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama membantu orang baharu seperti saya untuk ke hadapan,” kata anak kelahiran Pahang ini lagi.
Meskipun baru menceburi bidang ini, Hazrat bersyukur kerana sudah dilamar untuk membintangi beberapa naskhah baru termasuklah telefilem Lafaz Yang Termakbul untuk RTM, Elhan Untuk Nian (Salam HD), Travelog Pahang First, Dokumentari Permata Tanjung Gahai dan beberapa naskhah lain.
Sebagai orang baharu dia banyak mencari peluang termasuklah menghadiri banyak uji bakat yang dijalankan oleh pihak produksi. Tambahnya, pengalaman tersebut amat berguna meskipun ada kalanya pulang hampa.
“Apabila menghadiri uji bakat, ada kala saya rasa begitu kerdil sekali. Pelakon yang lain datang membawa pengalaman sedangkan saya masih digelar orang baharu. Tapi itu membuatkan saya bersemangat untuk merebut peluang yang ada.
“Tapi melalui uji bakat ini juga saya mendapat beberapa tawaran. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.