,
Laman Utama

Vince Chong Nasihat Aishah Untuk Rehat dari Media Sosial - “Benda Ini Dah Jadi Racun…”

Asyikin Mayudin
16/10/2023
08:55 MYT
Penyanyi Vince Chong memberitahu dia ada mencadangkan kepada penyanyi Datuk Aishah untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu.
Menurut Vince, komen negatif yang ditinggalkan netizen di laman sosial sememangnya memberi kesan kepada dirinya sehingga menjadi racun dalam fikiran.
“Saya tahu, saya ada beritahu dia sebelum mula persembahan… kadang-kadang yang saya tengok netizen cakap, benda ini dah jadi racun dalam sini (fikiran).
“Lagi kita tengok, dia akan makan dalam, akan beri kesan kepada diri kita. Lepas ni, ambil masa berehat daripada netizen, pergi bercuti.
“Sebab anda masih seorang legend, enjoy your life. Bagi saya, orang yang beri komen negatif ni tak profesional, mereka cakap apa yang mereka nak,” kata Vince menerusi temu bual bersama Hlive.
Dalam pada itu, Vince turut berkata dia sudah memberitahu yang terbaik dalam persembahan duet mereka menerusi lagu Terlanjur Cinta pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza.
“Saya dah lakukan yang terbaik, dah berikan nyanyian yang terbaik. Saya harap kita boleh bekerjasama lagi dan mungkin dalam situasi yang tidak tertekan.
“Sebab bila waktu sesi latihan, ada waktu yang dia betul-betul bagus. Saya bukan peserta, saya hadir sebagai tetamu, saya tak rasa tertekan sangat, hanya seperti tengah buat dinner show.
“Tapi saya dapat rasa tekanan dalam kalangan semua peserta dan saya rasa ‘hm enjoy ke GV, takutnya’,” ujarnya.
BACA SINI: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir Sebab Salah Pilih Duet? Tok Ram; "Artis Itu Sendiri Yang ..."
BACA SINI: “Usia Begini Malas Nak Bising Tapi Tak Boleh Bagi Muka” - Aishah Ada Prinsip, Tetap Lantang Di Media Sosial
Terdahulu, Aishah yang memperoleh hanya 43.75 peratus secara kesuluruhan daripada juri menjadi bintang ketiga tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.