,
Laman Utama

Vin Diesel Dituduh Cabul & Lakukan Onani, Wanita Dakwa Seluar Dalam Dilondehkan

Maliah Surip
22/12/2023
03:30 MYT
Bintang terkenal Vin Diesel nampaknya bakal menutup tahun 2023 dengan mimpi ngeri apabila seorang wanita memfailkan saman atas tuduhan cabul dan percubaan melakukan seks tanpa rela.

PILIHAN PEMBACA: Netizen Kaitkan Video Pengacara Onani Dengan Kelly Azman, Ini Komen Tuan Badan! - "Maaf Saya Tiada…

Insiden tersebut telah berlaku pada tahun 2010 silam, sewaktu wanita dengan nama Asta Jonasson dilantik oleh syarikat Diesel, Once Race untuk bekerja dengan aktor itu di lokasi penggambaran filem Fast Five di Atlanta.
Jonasson ditugaskan menjaga Diesel termasuk mengatur acara, menemani dan memastikan dirinya adalah orang yang bertanggungjawab aktor itu tidak kembali bersama bekas kekasihnya dalam mana-mana majlis sehingga dapat dirakamkan paparazi.
Malangnya, sewaktu menjalankan tugas Jonasson mendakwa dirinya telah dicabul dan Diesel melakukan perbuatan tak senonoh termasuk melakukan masturbasi dan melondehkan seluar dalamnya pada 2010, lapor Vanity Fair.

BERITA TRENDING: Cucu Lelaki Penyanyi Wanita Era 70-an Didakwa Cabul Sepupu

Menurut pernyataan saman, Jonasson mendakwa insiden hitam itu berlaku pada bulan September 2010 sewaktu Diesel meminta dia menunggu di sebuah bilik suite di Hotel St. Regis.
Jonasson mendakwa Diesel telah menolaknya ke katil sebelum dia berjaya menyelamatkan diri namun dikejar dan aktor itu dan ditekan ke dinding lalu meraba seluruh badan, mencium dan meramas buah dadanya.
Diesel juga didakwa telah melondehkan seluar dalam dan melakukan onani di hadapannya sebelum dia berjaya melarikan diri.
“Ini dengan jelas Jonasson telah dipecat kerana berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan seks Diesel. Dan ia bukan pertama kali berlaku (percubaan cabul).
“Insiden yang berlaku telah meninggalkan kesan trauma terhadapnya,” kata kenyataan yang dikeluarkan.
Kerana insiden tersebut dia telah dipecat hanya dalam tempoh kurang dua minggu bekerja dengan Diesel.

BERITA TRENDING: Berani Mati! Charlie Puth Akui Pernah Beronani Sambil Dengar Lagu Maroon 5, Reaksi Adam Levine…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.