,
Laman Utama

Vie Shantie Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz – “Inilah Jihad Saya, Saya Tak Mahu Mereka Rugi Kerana Tidak Cukup Ilmu Akhirat…”

Fiza Kamarudin
01/04/2021
00:20 MYT
Sebuah hantaran video selebriti laman sosial, Vie Shantie Khan mengundang sebak apabila dia mengambil keputusan untuk menghantar tiga anaknya, ke sekolah tahfiz berasrama penuh.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG), Vie Shantie berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu anak-anaknya mendalami ilmu akhirat.
“Hari ini tiga orang ini saya akan masuk asrama penuh untuk mereka belajar dengan mendalam tentang ilmu akhirat, terutam Zareef sebab dia anak lelaki. Zareef ni saya nak dia jadi ulamak suatu hari nanti, Insya-Allah.
“Memang sukar perasaan ini kerana anak-anak pada usia begini memang berat untuk saya lepaskan, jika belajar di universiti itu lain.
“Tapi ini adalah jihad saya untuk agama dan untuk mereka dan masa depan mereka,” katanya menahan sebak.
Dalam pada itu Vie Shantie turut berpesan kepada Zareef Yusof, 11, supaya menjaga adik dan kakaknya Vie Zaalia, 8 dan Vie Zaara, 13.
“Momy kasi tanggungjawab ini kepada abang untuk jaga adik dan kakak di sana nanti. Lindungi mereka,” pesannya sambil memeluk mesra anak-anaknya itu.
Lebih menyentuh perasaan apabila isteri kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan itu turut berkongsi bakal menyambut Ramadan pertama tanpa anak-anaknya disisi.
“Ini yang paling tough kerana pertama kali berpuasa tanpa mereka bertiga, tetapi saya tahu semua ini hanya sementara sahaja,” katanya positif.
Menerusi video dikongsi Vie Shantie, bekas suami Datuk Seri Eizlan Yusof dilihat turut berada di sekolah untuk menghantar anak-anaknya.
Sementara itu di ruangan kapsyen, Vie Shanti turut mendoakan urusan ketiga-tiga anaknya dipermudah Allah SWT.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran melalui hari-hari tanpa mereka bertiga disisi. Seperti Allah SWT menguatkan hati IBU kepada IMAM SYAFIE yang sanggup berpisah dengan anak tunggalnya, sehinggakan beliau berjaya menjadi ulamak yang Masyhur (terkenal) dan IMAM MEKKAH pertama yang berasal dari luar (Palestine), MasyaAllah.
“Semoga mereka perolehi ilmu agama yang tinggi dan disegani suatu masa nanti, agar mereka bisa menjadi rujukan bagi setiap orang yang memerlukan bimbimgan rohani dan jasmani. Menjadi orang-orang yang berjaya didunia dan Akhirat, inshaa Allah.
“Saya tidak mungkin mahu mereka menjadi orang-orang yang rugi kerana tidak mencukupi ilmu akhiratnya seperti saya. Saya mahu mereka menjadi orang yang lebih sempurna imannya, amalannya dan akhlaknya.
“Saya mahu bila suatu masa nanti saya disoal dihadapan Allah SWT tentang amanah yang diberikan dan berjaya mendidik mereka sehinggakan nama dan zikir mereka menjadi perbualan penduduk langgit tentang ketaannya pada Allah SWT dan Rasul-Nya, inshaa Allah,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar