,
Laman Utama

[VIDEO]“Tak Sanggup Saya Tengok…”- Uri Bawah, Aliff Syukri Sedih Isteri Hamil Terpaksa Berkerusi Roda 3-5 Bulan

Syafiqah Jalal
25/10/2022
22:43 MYT
Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri simpati dengan keadaan isterinya Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil anak keenam dan dalam masa yang sama mengalami masalah uri bawah.
Aliff Syukri sedih apabila doktor menasihati Shahida perlu berehat selama tiga hingga lima bulan untuk mengelak pendarahan serta demi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Awak saya sedih.. doakan semuanya selamat..masa ni semua jadi kelam kabut..sepanjang perjalnan wife saya mengalami pendarahan teruk....
“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok,denyutan jantung pun ok…Isteri saya kena baring je dan rest untuk 3 hingga 5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby…sampai lah uri naik semula…
“Doakan semuanya dipermudahkan…,”kongsinya dalam satu kemas kini terdahulu di Instagram.
Terbaharu, Aliff memuat naik keadaan isterinya yang terpaksa berkerusi roda.
Kata Aliff apa yang berlaku membuatkan dia lebih menghargai wanita yang bergelar isteri.
“Hargailah pengorbanan ibu melahirkan kita.. kesiankan jadi orang perempuan ni macam-macam dugaan tak sanggup saya tengok tak boleh berjalan sampailah bersalin kalau masih tak sembuh…
“Isteri saya jadi macam ni sebab uri ke bawah sangat doktor cakap bahaya boleh pendarahan dan bahaya untuk baby dan ibu…
“Tengok kerusi roda ini teringat pula dengan arwah nenek palong..inilah kerusi roda peninggalan yang digunakan oleh nenek saya.
“Terima kasih yang doakan untuk wife saya dan anak-anak saya..,” ujarnya.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi nasyid, Datin Seri Shahida pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

gempak
15/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39, malam tadi.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Unitar