,
Laman Utama

[VIDEO]“Saya Nak Balik Juga, Dah Kebulur Masa Tu…”- Gara-Gara LRT Down, Pemuda Menapak 26KM!

Syafiqah Jalal
10/11/2022
03:11 MYT
Gara-gara kecoh gangguan perkhidmatan LRT, seorang pemuda, Adam Eji berjalan kaki sejauh 26 kilometer (km) dari Universiti Malaya (UM) ke kediamannya di Lembah Keramat petang Selasa.
Menerusi hantaran video di akaun TikTok, Adam menceritakan kisah itu bermula selepas dia gagal mendapatkan perkhidmatan berkenaan di Stesen LRT Kerinchi.
Dia kemudiannya memutuskan untuk berjalan kaki dari stesen tersebut ke KL Sentral bagi mendapatkan perkhidmatan itu, meskipun terpaksa mengharungi hujan yang lebat.
“LRT rosak, jadi saya berjalan kaki sejauh 26km untuk balik rumah.
“Tak kira dah, masa tu saya nak balik juga dah kebulur pula,” katanya.
Sejurus sampai di KL Sentral, Adam cuba mendapatkan kemudahan LRT di sana namun disebabkan suasana yang sangat sesak, dia kemudiannya menggunakan alternatif lain dengan menaiki Monorail ke Stesen Dang Wangi.
Seterusnya, selepas sampai ke Dang Wangi, dia sekali lagi berjalan kaki ke Stesen KLCC dan Ampang Park yang terletak berhampiran, namun perkhidmatan di kedua-dua tempat itu juga tidak dapat beroperasi.
Adam menyambung kembali perjalanannya dengan menaiki bas ke stesen LRT di Jelatek dan berjaya mendapatkan perkhidmatan tersebut untuk ke Lembah Keramat.
Ketika ditanya mengapa tidak menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi memudahkan perjalanan, dia menjawab kosnya mahal dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk menunggu.
Hantaran video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pengguna TikTok.
“Jalan kaki dekat KL (Kuala Lumpur) serius memang seronok gila,” kata pengguna bernama Jasmine Aida.
Seorang lagi pengguna bernama Asma Fras berpandangan, seandainya dia berada di tempat yang sama dengan Adam, belum tentu dapat mengharungi cabaran tersebut.
“Kalau saya, pasti sudah menangis dan akan menghubungi ayah," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.